Muhyiddin mohon ampun kepada rakyat, terima kasih petugas barisan hadapan

August 16, 2021 · Politik

Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon ampun kepada seluruh rakyat Malaysia atas peletakan jawatannya selepas kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinannya diserang kumpulan kleptokrat yang bersekongkol dengan blok pembangkang dan berterima kasih kepada petugas barisan hadapan yang berjuang menyelamatkan negara daripada krisis kesihatan ketika ini.

Perdana Menteri dalam perutusan terakhirnya berkata keengganannya bersekongkol dengan kumpulan perasuah sebagai punca kemelut politik berulang sekali lagi sehingga kerajaan PN hilang majoriti dan meminta maaf terhadap segala salah silap sepanjang mentadbir negara.

“Saudara saya yang saya kasihi sekalian saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon keampunan kepada saudara dan saudari atas segala kekhilafan dan kelemahan saya sepanjang saya menjadi Perdana Menteri.

“Saya dan rakan-rakan Jemaah Menteri telah cuba melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan nyawa dan melindungi kehidupan saudara dan saudari sekalian dalam tempoh krisis yang masih kita hadapi pada masa ini.

“Namun sebagai manusia seperti biasa pastinya ada salah dan juga silap di sana sini jadi saya memohon ribuan ampun dan maaf. Saya berharap kerajaan baru nanti akan dapat dibentuk dengan secepat mungkin supaya pentadbiran negara kita ini tidak terganggu dan dapat berjalan seperti biasa,” katanya dalam siaran langsung yang dipancarkan di kaca televisyen seluruh negara.

Muhyiddin berkata redha dengan ketentuan yang memaksanya untuk mengambil langkah berundur dan menyifatkan jawatan tersebut bukan suatu kemegahan, baginya prinsip yang dipegang selama ini tidak boleh dikorbankan semata-mata demi menyelamatkan kumpulan kleptokrat.

“Hari ini adalah hari terakhir saya sebagai Perdana Menteri dan saya redha dengan ketentuan Ilahi ini. Sesungguhnya jawatan yang telah saya pikul ini bukanlah suatu kemegahan, ia datangnya suatu bebanan tanggungjawab yang amat berat dalam memimpin negara.

“Saudara-saudari tahu dalam keadaan krisis kesihatan dan ekonomi yang tak pernah berlaku dalam sejarah negara kita dan dunia sebelum ini, pada masa yang sama saya terus digugat dari segi politik. Saya boleh mengambil jalan mudah dengan saya mengorbankan prinsip saya untuk kekal sebagai Perdana Menteri. Tetapi saudara-saudari sekalian, itu bukan, bukan pilihan saya. Saya tidak akan sekali-kali bersekongkol dengan kumpulan kleptokrat. Saya sekali-sekali tidak akan mengganggu kebebasan badan kehakiman apa lagi membelakangi Perlembagaan Persekutuan semata-mata untuk terus kekal berkuasa,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata cuba mempertahankan pentadbiran kerajaan sedia ada dengan meminta semua pihak termasuk pembangkang untuk bekerjasama tetapi ia ditolak dan tiada pilihan lain selain berundur selari dengan Perlembagaan negara.

“Saya telah melakukan pelbagai ikhtiar hingga ke akhir untuk nak menyelamatkan kerajaan Perikatan Nasional setidaknya sehingga selesai tugas menguruskan pandemik, program vaksinasi dan pemulihan ekonomi tetapi saudara-saudari sekalian ikhtiar ini tidak berhasil disebabkan ada pihak yang rakus untuk berkuasa daripada mengutamakan nyawa dan kehidupan saudara saudari sekalian,” ujarnya lagi.

Namun, Muhyiddin menerimanya sebagai satu ketentuan Allah dan mengganggapnya sebagai satu lagi episod dalam sejarah perjuangan politiknya.

“Bagi saya apa yang berlaku ini adalah ketentuan Allah yang merupakan satu episod dalam sejarah perjuangan politik saya,” katanya lagi.

Tengahari tadi, Muhyiddin menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan jawatan seluruh Jemaah Menteri dengan serta-merta berkuatkuasa hari ini.

Berita berkaitan
Rakyat mahu tahu kebenaran berhubung skandal LCS, kata bekas AG
4 jam lalu· Isu semasa
Subsidi tarif elektrik ditanggung kerajaan RM6.51 bilion pada 2022
August 11, 2022· Isu semasa
Rafizi dakwa ada surat bocor kaitkan Najib berhubung kontrak LCS
August 8, 2022· Isu semasa
PM hanya ambil kira pandangan parti sendiri, bukan pandangan bersama: PAS
August 6, 2022· Politik
Popular
PRU-15: Selepas skandal kapal LCS terbongkar BN tak yakin tubuh kerajaan sendirian
August 14, 2022
Ismail Sabri, PN sudah bertemu
August 13, 2022
PRU-15: PN yakin tawan enam kerusi DUN milik UMNO
August 13, 2022
Tok Mat gesa jangan biar pihak lawan guna skandal LCS serang BN
August 14, 2022
Lagi Politik terkini
Bubar Parlimen jika kajian sikap pengundi menyebelahi BN: Ismail Sabri
8 minit lalu · Politik
Speaker DUN Sarawak umum ADUN Batu Lintang keluar parti jadi bebas
4 jam lalu · Politik
Keputusan parti Zuraida dan beberapa parti lain sertai BN dibuat esok
4 jam lalu · Politik
Tok Mat gesa jangan biar pihak lawan guna skandal LCS serang BN
4 jam lalu · Politik
PRU-15: Selepas skandal kapal LCS terbongkar BN tak yakin tubuh kerajaan sendirian
10 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok