Muhyiddin kemuka pembelaan terhadap saman Guan Eng

April 26, 2023 · Politik

Tan Sri Muhyiddin Yassin mengemukakan pembelaan terhadap saman yang dibuat oleh bekas Menteri Kewangan , Lim Guan Eng yang mengambil tindakan menyaman Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu.

Dalam pembelaannya, Muhyiddin yang juga mantan Perdana Menteri Kelapan mahu Guan Eng menunjukkan bukti di mahkamah yang mengatakan Kementerian Kewangan tidak membatalkan status pengecualian cukai ke atas Yayasan Albukhary.

Dalam pernyataan pembelaannya terhadap saman Pengerusi DAP itu, Muhyiddin menyuarakan keraguannya berhubung kesahan kenyataan kementerian itu pada bulan lalu bahawa bukan kementerian mahupun pegawainya yang membatalkan status tersebut.

“Kecuali bahawa Kementerian Kewangan pada 23 Mac 2023 telah membuat kenyataan media yang menyatakan bahawa bukan sahaja mantan menteri kewangan bahkan pegawainya tidak membatalkan pengecualian cukai yang diberikan kepada Yayasan Al-Bukhary, defendan tidak membuat apa-apa pengakuan kepada perenggan 28 pernyataan tuntutan.

“Malah, defendan menafikan kebolehpercayaan kenyataan yang dibuat oleh kementerian kewangan pada 23 Mac 2023 dan meletakkan plaintif atas beban pembuktian yang kukuh,” kata pernyataan pembelaan dipetik dalam laporan Malaysiakini.

Pernyataan pembelaan itu difailkan peguam Muhyiddin semalam.

Pernyataan pembelaan Muhyiddin itu berhubung saman fitnah yang difailkan terhadapnya.

Terdahulu, bekas perdana menteri itu mendakwa Lim bertanggungjawab ke atas pembatalan status pengecualian cuki Yayasan Albukhary milik hartawan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary.

Dalam pernyataan itu juga, Muhyiddin berkata kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim “langsung tidak relevan” dan hanya untuk mengalihkan perhatian agar Guan Eng tidak dipertanggungjawabkan atas tindakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berhubung perkara itu.

“Kebergantungan plaintif atas kenyataan yang dibuat oleh Anwar dalam Parlimen adalah suatu pengalihan dan fait accompli untuk mengalihkan perhatian daripada keengganan plaintif untuk didapati bertanggungjawab bagi tindakan LHDN semasa dia memegang jawatan sebagai menteri kewangan,” katanya lagi.

Muhyiddin berkata dia membuat kesimpulan tersebut berdasarkan surat yang diterima daripada Syed Mokhtar yang merayu terhadap keputusan pembatalan itu.

Katanya, Syed Mokhtar tidak akan membuat permohonan itu sekiranya LHDN mengiktiraf status pengecualian cukai yayasannya, yang diberikan oleh kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

‘LHDN adalah di bawah bidang kuasa Menteri kewangan. Pada masa yang material, plaintif adalah Menteri Kewangan ketika itu dan secara semula jadi, LHDN berada di bawah bidang kuasanya.

“Sehubungan itu, plaintif sepatutnya memberi penjelasan mengenai perubahan keadaan berkaitan dengan perubahan kedudukan yang diambil oleh LHDN sebelum dan selepas Pakatan Harapan (PH) berkuasa pada 2018.

“Defendan seterusnya menyatakan bahawa dia sedar bahawa kementerian kewangan telah membenarkan rayuan oleh Yayasan AlBukhary sekitar 2021.

“Oleh itu, dia dibenarkan membuat inferens dan membuat kesimpulan bahawa pengecualian cukai tersebut telah dibatalkan, jikalau tidak, ia adalah tidak diperlukan untuk kelulusan diberikan oleh kementerian kewangan pada 2021,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
17 jam lalu· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Perikatan Nasional umum 23 muka baharu di Kelantan, Menteri Besar pertahan kerusi
July 28, 2023
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok