Muhyiddin kekal mendapat sokongan tinggi rakyat, Zahid paling corot, kata tinjauan O2

Satu tinjauan bebas oleh O2 Malaysia mendapati rating sokongan terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal tinggi pada 51.01 peratus setakat April 2021 walaupun sedang berdepan cabaran hebat dalam situasi pandemik Covid-19 dan ekonomi yang melanda negara.

Dalam tinjauan pada Jun sehingga November 2020, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berada kedudukan teratas berbanding pemimpin parti politik lain.

Di kedudukan kedua, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencatat sokongan pada 33.90 peratus dan diikuti Lim Guan Eng pada 30.20 peratus di kedudukan ketiga.

Rating Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim naik sedikit pada 26.30 peratus berbanding 24.90 peratus pada November 2020 di kedudukan ketiga, sementara Presiden AMANAH, Mohamad Sabu berada pada 22.40 peratus.

Bagaimanapun, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kekal kedudukan tercorot hanya 10.90 peratus untuk tempoh sama.

Bagi rating dua bekas Perdana Menteri, populariti Tun Dr Mahathir Mohamad pula terus merosot daripada 40 peratus pada suku kedua tahun lalu kepada 33 peratus suku pertama tahun ini dan seterunya, Datuk Seri Najib Razak pula meningkat populariti kepada 27 peratus berbanding 21 peratus pada suku ketiga tahun lalu.

Kajian terbaharu tersebut meliputi 54 peratus kaum Melayu yang tinggal di Semenanjung, 28 peratus kaum Cina, 7 peratus kaum India, 7 peratus orang Bumiputera Sabah dan 4 peratus Bumiputera Sarawak.

Orang ramai yang terlibat dalam tinjauan berusia antara 18 tahun hingga 51 tahun ke atas yang terdiri daripada pelbagai latar belakang kerjaya dan pendapatan isi rumah.

BERITA BERKAIT
POPULAR