Muhyiddin jamin peneroka Felda dapat ‘habuan’ lagi jika PN menang

October 10, 2022 · Politik

Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan peneroka Felda akan mendapat lebih lagi daripada apa yang diperoleh sebelum ini sekiranya mereka memastikan Perikatan Nasional (PN) menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

Presiden Bersatu mengimbas semula ketika mana kerajaan PN pimpinannya telah menghapuskan pinjaman peneroka Felda berjumlah RM8.9 bilion pada Julai 2021 lalu.

Ketika itu inisiatif pelarasan pinjaman peneroka secara bersyarat, terutama bagi generasi awal telah dilaksanakan, dengan bebanan pinjaman yang ditanggung peneroka akan berkurangan sebanyak purata 80 peratus setiap peneroka.

Purata bayaran balik pinjaman pula dijangka berkurangan daripada sekitar RM800 hingga RM1,000, kepada hanya RM250 hingga RM300 sebulan bagi peneroka sawit dan serendah RM150 bagi peneroka getah iaitu satu kadar yang sangat munasabah dan mampu dibayar oleh mereka.

“Ya… kita nak menawarkan sesuatu yang terbaik untuk rakyat. Dia akan mencakupi pelbagai bidang utama… kita akan maklumkan (kemudian).

“Untuk peneroka Felda, saya nak ingatkan balik dulu waktu saya pimpin negara kita selesaikan hutang mereka RM8.9 bilion dah dihapus kira.

“Kemudian itu kita (PN) mengeluarkan sukuk iaitu Islamic Bond RM99 bilion mengambil alih FGV (Felda Global Venture) dan sebagainya.

“Itu satu sumbangan besar Perikatan Nasional kepada peneroka Felda. Di Pahang ini, daripada 14 kerusi Parlimen, 12 daripadanya mempunyai ramai penerika Felda.

“Tapi saya nak bagi jaminan lagi… kita nak meneliti kalau kita menang, insya-Allah… kita akan buat lebih daripada apa yang telah pun kita buat (hapus hutang).

“Supaya yang penting nasib peneroka terbela dan pendapatan peneroka boleh meningkat. Jangan tanya dengan saya sekarang. Kita tahu macam mana kita nak buat untuk peneroka,” katanya pada sidang media selepas mengadakan mesyuarat dengan PN Pahang di Temerloh hari ini (10 Oktober).

Mengenai, calon PN di Pahang, Muhyiddin berkata persiapan jentera pilihan raya telah dilaksanakan dan diatur gerak lebih awal untuk menghadapi PRU-15.

Menurutnya kerjasama antara parti-parti dalam PN yang melibatkan Bersatu, PAS dan Gerakan cukup rapat, akrab dan tidak timbul masalah antara satu sama lain, sekali gus memberi petanda yang baik.

“Jentera pilihan raya yang disusun kesemuanya adalah atas nama Perikatan Nasional. Tak perlu ada tiga jentera. Hanya satu jentera yang digabungkan dengan penyertaan pimpinan semua parti supaya dapat bergerak dengan licin dan lancar,” katanya.

Dari segi calon pula beliau berkata rundingan diadakan bagi kerusi-kerusi yang tidak disandang oleh mana-mana parti komponen.

“Contohnya jika dahulu PAS menang di lapan kerusi, maka kerusi berkenaan kekal milik PAS. Demikian juga bagi kerusi Bersatu. Perbincangan pembahagian kerusi melibatkan kerusi yang sekarang ini dimiliki parti lain… itu kita akan tanding… dan saya diberitahu ianya hampir selesai,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Selepas berkawan dengan UMNO, PH tidak lagi hormati kebebasan bersuara
5 jam lalu· Politik
Majoriti rakyat tolak kluster mahkamah dalam Kabinet bakal dibentuk Anwar
11 jam lalu· Politik
Calon PN Padang Serai beri keterangan polis selepas penyokong PH koyak
12 jam lalu· Politik
Sedia ke Bukit Aman jika disiasat, kata Hadi
14 jam lalu· Politik
Popular
Calon PN Padang Serai beri keterangan polis selepas penyokong PH koyak
November 29, 2022
Dakwaan Agong campur tangan bentuk kerajaan, NGO lapor polis terhadap Zahid
November 29, 2022
3 kali runding UMNO Pahang tolak perpaduan ummah, rela ikut DAP
November 29, 2022
Sedia ke Bukit Aman jika disiasat, kata Hadi
November 29, 2022
Lagi Politik terkini
MP Baling nafi sebar audio rakaman fitnah Anwar, beri penjelasan
5 jam lalu · Politik
PAS tunjuk bukti sikap DAP terhadap Islam, Melayu. UMNO buat-buat lupa
9 jam lalu · Politik
3 kali runding UMNO Pahang tolak perpaduan ummah, rela ikut DAP
10 jam lalu · Politik
Dakwaan Agong campur tangan bentuk kerajaan, NGO lapor polis terhadap Zahid
15 jam lalu · Politik
Amanah beri laluan kepada UMNO bertanding di Tioman selepas Zahid sokong PH-DAP
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
November 25, 2022
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok