Muhyiddin disiasat kerana mempertahankan rayuan kalimah Allah, Menteri PKR sahkan

August 4, 2023 · Politik

Tan Sri Muhyiddin Yassin disiasat pihak berkuasa kerana didakwa memainkan isu 3R (bangsa, agama dan raja) semasa berceramah dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini.

Terdahulu, sebuah portal pro-Pakatan Harapan (PH) melaporkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu mempersoalkan keputusan kerajaan campuran yang menarik balik rayuan berhubung penggunaan kalimah Allah yang sedang dibicarakan di mahkamah semasa dalam satu ceramah di Selangor baru-baru ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata Muhyiddin yang menyentuh isu 3R dalam satu program di Kapar, Selangor dikenal pasti sebagai kes berprofil tinggi.

Ujarnya, Muhyiddn telah menyentuh kes mahkamah membabitkan penggunaan kalimah Allah.

“Sultan Selangor sebelum ini sudah menitahkan supaya isu terbabit tidak dibahaskan sehingga ia dibincangkan pada mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR), namun Muhyiddin didapati telah ingkar kepada titah Sultan Selangor yang juga Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI).

“Itu boleh dinilai oleh rakyat, kalaulah nasihat Tuanku pun tak boleh nak patuh, nasihat siapa lagi?” katanya dipetik laporan media Sinar Harian.

Pada Mei lalu, media melaporkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kerajaan Malaysia menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi bahawa penganut Kristian boleh guna kalimah Allah dan tiga perkataan Arab, iaitu Baitullah, kaabah dan solat dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pendidikan.

Berbeza semasa kerajaan Perikatan Nasional (PN) memerintah sebelum ini, rayuan berhubung penggunaan kalimah Allah diteruskan dan tidak ditarik balik seperti dilakukan kerajaan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ekoran keputusan tersebut, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyatakan pendirian tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan menarik balik rayuan yang difailkan di Mahkamah Rayuan dalam kes melibatkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan berkaitan agama Kristian.

Pengerusi MAIS Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menegaskan, MAIS berpandangan bahawa kes tersebut bukan hanya berkaitan dengan isu pentadbiran dan keselamatan, tetapi ia juga melibatkan perkara akidah orang Islam dan pentadbiran agama Islam yang berada bawah bidang kuasa Raja sebagai Ketua Agama Negeri.

“Sebelum ini dalam kes rayuan tersebut, pihak MAIS dan dua lagi Majlis Agama Islam Negeri telah dibenarkan oleh Mahkamah Rayuan untuk hadir dalam kes rayuan ini sebagai amicus curae (sahabat mahkamah).

“Walau bagaimanapun, MAIS berasa terkilan dan kesal dengan tindakan unilateral pihak kerajaan yang menarik balik rayuan ini tanpa berunding dengan pihak MAIS dan pihak-pihak lain yang terlibat yang mempunyai kepentingan dalam kes rayuan ini,” jelas beliau dalam satu kenyataan.

Beberapa pertubuhan Islam juga mengkritik langkah diambil kerajaan campuran yang menarik balik rayuan berhubung penggunaan kalimah Allah tersebut.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin juga mendakwa Perdana Menteri memutarbelit berhubung isu penarikan rayuan tersebut dengan mendakwa kononnya keputusan itu sudah dirujuk dengan Majlis Raja-raja, ia selepas titah Titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung keputusan dibuat kerajaan campuran.

Beliau berkata, titah baginda yang meminta supaya isu itu dirujuk kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) sebelum dipersembahkan kepada Majlis Raja-raja jelas menunjukkan bahawa isu ini belum dirujuk Majlis Raja-raja seperti yang didakwa oleh Anwar sebelum ini.

Pada 15 Mei, KDN dan kerajaan Malaysia menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah “Allah” dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pembelajaran.

Notis pemberhentian rayuan yang difailkan pada 18 April lepas itu menyatakan bahawa kedua-dua perayu tidak berniat meneruskan notis rayuan dikemukakan pada 12 Mac 2021 dan memberhentikan keseluruhan rayuan di Mahkamah Rayuan tanpa perintah terhadap kos.

Seterusnya pada 23 Mei lalu, Anwar ketika di Dewan Rakyat menafikan dakwaan bahawa keputusan menarik balik rayuan kes kalimah Allah di mahkamah tidak dirujuk kepada Majlis Raja-raja.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata, keputusan perkara itu telah dirujuk kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah sebelum memberi pandangan supaya semua keputusan harus terikat dengan keputusan Majlis Raja-raja.

Berita berkaitan
Fadhli dipanggil beri keterangan berhubung himpunan anti-Zahid
6 jam lalu· Politik
Anggota pukul wanita dalam video tular sedang disiasat polis
22 jam lalu· Isu semasa
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023· Politik
Polis ambil keterangan MP DAP tafsir al-Quran pada Selasa
September 25, 2023· Politik
Popular
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
September 26, 2023
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023
Lagi Politik terkini
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
3 jam lalu · Politik
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023 · Politik
SPR tetapkan PRK DUN Jepak pada 4 November
September 25, 2023 · Politik
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023 · Politik
Seorang pemimpin Melayu DAP kata tak salah Howard Lee petik ayat al-Quran
September 25, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan saintis, boleh belajar proses REE dari Lynas, kata menteri
27 minit lalu
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
September 25, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok