Muhyiddin bimbang perpecahan Melayu semakin parah, sokong perpaduan

November 6, 2022 · Politik

Tanpa perpaduan dalam semua segi, termasuk politik, bangsa Melayu akan lemah, kata Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin, sambil mengingatkan parti itu, terutama Bersatu, tidak pernah menolak perpaduan.

Sambil menyatakan bimbang dengan perpecahan yang berlaku dalam kalangan bangsa Melayu kebelakangan ini, Presiden Bersatu itu mengingatkan semua pihak perlu belajar daripada sejarah lampau yang memperlihatkan bagaimana sesuatu bangsa menjadi lemah apabila tiada perpaduan di antara mereka.

Sehubungan itu, beliau menyatakan kesediaan untuk memberikan kerjasama sekira ada pihak mahu melihat wujud perpaduan dalam kalangan orang Melayu khusus dari segi politik.

Untuk rekod, Bersatu sentiasa menyokong perpaduan ummah, termasuk gagasan Muafakat Nasional (MN) yang dibentuk parti komponen PN, PAS, bersama UMNO. Malah, Bersatu juga bersetuju menyertai MN setelah menerima jemputan kedua-dua parti itu.

Bagaimanapun, ianya tidak menjadi kenyataan apabila MN ketika itu tidak memberikan apa-apa jawapan, sebaliknya gagasan itu berkubur setelah UMNO menolak Bersatu, manakala PAS pula memilih kekal bersama Bersatu dan Perikatan Nasional.

Mengulas lanjur, Muhyiddin melahirkan kebimbangan berhubung apa yang berlaku dalam masyarakat Melayu yang dilihatnya tidak lagi seperti dahulu.

“Nak katakan banyak sangat perpecahan dari segi politik pun perpecahan, dari segi lain pun ada, macam tak sehaluan tak sekata tak sederap.

“(Apa juga usaha) istilah menggambarkan kesepaduan, perpaduan, perpaduan ummah ‘im all fot it’. Apa usaha dibuat untuk menyatupadukan ummah baik politik, ekonomi, itu penting bagi kita pasal tanpa perpaduan kita lemah, kita lemah tak ke mana,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama UtusanTV, baru-baru ini.

Muhyiddin melihat, usaha menyatukan parti politik Melayu Islam perlu dilakukan bagi mengelakkan kesan yang lebih memburuk kepada golongan Bumiputera.

Katanya lagi, usaha tersebut boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja sebagai orang tengah yang memiliki rasa tanggungjawab dan bertindak melangkaui batas politik.

“Kalau disebutkan soal agenda Melayu Islam ini penting atau Bumiputera adalah soal bagaimana kita nak menyatupadukan. Satu dari segi politik. Macam contoh nak menyatupadukan parti-parti politik Melayu, saya fikir itu usaha baik, saya all for it, siapa nak mulakan boleh, tak semestinya pimpinan politik.

“Dia Bersatu, dia PN, dia PH, ini UMNO susah begitu. Ia akan mengambil masa tapi mesti dimulakan kerana kesan kepada perpecahan Melayu parah,” tegasnya.

Beliau pada masa sama menegaskan, pilihan raya bukanlah jalan dalam menyelesaikan permasalahan tersebut kerana ia memerlukan semangat dan kesediaan untuk berkorban.

Katanya, ini merupakan langkah besar dituntut oleh agama yang memerlukan semua pihak berlapang dada demi memastikan maruah serta kelangsungan kehidupan orang Melayu.

“Kadang-kadang pilihan raya setakat menyelesaikan pembentukan kerajaan but isu of unity not about election, got semangat, jiwa, kesedaran, pengorbanan, kesediaan.

“Pasal nak balik semula bila berbalah macam ini langkah amat besar tapi kalau kita bersikap lapang dada pasal kita ketahui ini satu usaha baik, memang dituntut agama kita, kita kena usahakan.

“Kita ramai tokoh mungkin sekumpulan agak sedar yang saya fikir bila baca banyak (masalah), dia bimbang dan takut tapi tiada usaha ke depan untuk tampil cari jalan,” katanya sambil menjelaskan berbeza pandangan politik tidak sepatutnya membawa kepada perbalahan yang merugikan.

Malah, beliau berpendapat, panduan yang mungkin boleh diguna pakai dalam menyelesaikan kemelut ini daripada terus membarah adalah agama Islam itu sendiri.

“Bukan dengan perhimpunan perpaduan ummah sahaja, perhimpunan tak menyelesaikan masalah. Breaking the barrier, kenapa kita begitu? Is it politics Kalau parti-parti politik berbeza pandangan tapi dari segi soal perpaduan tak perlu sampai berbalah dan berpecah belah.

“Saya amat sokong tapi mesti ada usaha bersungguh mengetepikan perbezaan antara kita dan cari jalan yang baik, mungkin panduan yang paling baik, tak lain adalah Islam,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Tanda rakyat tolak penipuan kerajaan campuran PH-BN, kata Muhyiddin
1 jam lalu· Politik
Mesej jelas rakyat tolak kerajaan campuran dan Kabinet kleptokrat: Azman
2 jam lalu· Politik
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
12 jam lalu· Politik
Saham judi naik selepas Anwar jadi PM, takkan tauke judi nak taja PN: Hadi
24 jam lalu· Politik
Popular
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
December 7, 2022
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
December 7, 2022
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
December 7, 2022
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
December 7, 2022
Lagi Politik terkini
Perkahwinan politik PH-BN, UMNO mendapat laba besar dan DAP perlu akur
47 minit lalu · Politik
MIC tolak kerusi timbalan menteri ditawar Anwar
12 jam lalu · Politik
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
13 jam lalu · Politik
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
16 jam lalu · Politik
Dana judi: Anwar cuba bina persepsi negatif terhadap Perikatan Nasional
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
19 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
December 7, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok