Muhyiddin ada lebih 112 SD sokongan jadi PM kesepuluh

November 21, 2022 · Politik

Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyerahkan akuan bersumpah (SD) terbaharu ditandatangani lebih 112 ahli Parlimen yang menyokongnya sebagai Perdana Menteri Kesepuluh kepada Istana Negara, hari ini (21 November 2022).

SD itu dipercayai turut ditandatangani oleh 29 calon Barisan Nasional (BN) yang menang di kerusi Parlimen masing-masing dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada Sabtu, 19 November.

Mengikut perkiraan, sokongan yang diterima Muhyiddin mencecah 140 ahli Parlimen, sekali gus dapat membentuk sebuah kerajaan yang kukuh dan stabil.

Bercakap kepada media selepas mesyuarat khas Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu malam tadi, Pengerusi Perikatan Nasional itu yakin memperoleh SD mencukupi untuk menyokongnya sebagai Perdana Menteri.

Beliau bagaimanapun, tidak menjelaskan jumlah pemimpin yang menandatangani SD itu.

Muhyiddin menegaskan dalam Perlembagaan, tidak dinyatakan seseorang yang mahu dilantik sebagai Perdana Menteri perlu mendapatkan sokongan parti saja tetapi perlu memperoleh sokongan majoriti ahli Parlimen.

“Insya-Allah, esok kita dapat mengemuka akuan bersumpah daripada mereka ini bahawa kita memiliki sejumlah ahli Parlimen yang mencukupi untuk membentuk kerajaan.

“Kalau mengikut Perlembangaan, (sokongan) ahli-ahli Parlimen. Tak kata daripada parti mana. (Sokongan) individu boleh, secara kumpulan dan parti mereka pun boleh,” katanya menjawab soalan berkaitan kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkaitan sokongan BN kepadanya.

Terdahulu, Zahid mengingatkan mana-mana ahli Parlimen yang melanggar akujanji memberi mandat kepadanya untuk menentukan apa-apa gabungan politik, akan menerima akibat ‘hilang kerusi Parlimen yang dimenangi dalam PRU-15’.

Zahid berkata semua MP BN yang memenangi PRU-15 telah menandatangani akujanji dan memberi mandat kepadanya selaku presiden untuk menentukan apa-apa gabungan politik dalam penubuhan kerajaan.

“Sehubungan ini, mana-mana Ahli Parlimen yang melanggar arahan parti akan mengakibatkan pelepasan keahlian parti termasuk kerusi Parlimen, selaras dengan undang-undang larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti seperti termaktub di bawah Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan,” kata Zahid.

Mengulas lanjut Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata sokongan secara individu, kumpulan atau parti boleh dilakukan.

“Sokongan boleh secara individu, kumpulan atau parti pun boleh tetapi jika ada ahli parlimen lain hendak menyokong saya, itu hak ahli Parlimen itu,” katanya.

Menurutnya, bersandarkan kepada Perlembagaan negara, seseorang yang hendak menjadi Perdana Menteri mestilah mendapat kepercayaan daripada majoriti ahli Parlimen, sekurang-kurangnya 112 kerusi.

“Dia tak sebut semestinya datang dari parti A, parti B atau parti C, jadi itu tafsiran dari Zahid Hamidi… itu pandangan dia.

“Ia tak menghalang mana-mana parti… seperti kita bincang tadi bukan semua datang daripada BN tetapi ada Gabungan Parti Sarawak (GPS) serta Bebas dan tidak melanggar peruntukan akta lompat parti kerana mereka tidak keluar parti, tetapi secara individu, ahli parlimen hatta Bebas menyatakan sokongan kepada saya.

“Jadi itu tidak menyalahi dari segi akta lompat parti,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
3 jam lalu· Politik
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
4 jam lalu· Politik
Saham judi naik selepas Anwar jadi PM, takkan tauke judi nak taja PN: Hadi
14 jam lalu· Politik
Budaya politik dendam kembali selepas PH-BN berkahwin, DAP jinak dengan UMNO?
15 jam lalu· Politik
Popular
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
December 7, 2022
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
December 7, 2022
Anwar gelabah, kerajaan campuran penyamun hilang arah: Tuan Ibrahim
December 7, 2022
Satu peringatan: Anwar ada sejarah campur tangan dalam siasatan
December 7, 2022
Lagi Politik terkini
MIC tolak kerusi timbalan menteri ditawar Anwar
3 jam lalu · Politik
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
7 jam lalu · Politik
Dana judi: Anwar cuba bina persepsi negatif terhadap Perikatan Nasional
9 jam lalu · Politik
Hairan macam mana Anwar boleh lantik orang ada kes mahkamah: Dr Mahathir
9 jam lalu · Politik
Satu peringatan: Anwar ada sejarah campur tangan dalam siasatan
10 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
9 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok