Muhamad Akmal menang Ketua Pemuda UMNO

March 11, 2023 · Politik

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Dr Muhamad Akmal Saleh memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO untuk sesi 2023-2026 berdasarkan kiraan tidak rasmi.

Keputusan tidak rasmi itu menunjukkan setakat ini undi yang diperolehnya daripada 103 bahagian; melepasi 96 undi untuk majoriti mudah daripada keseluruhan 191 bahagian.

Keputusan itu menyaksikan Dr Muhamad Akmal mengetepikan saingan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah dengan 16 undi, manakala Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah pula mendapat enam undi.

Seorang lagi calon iaitu Meor Hassan Mat Ali, gagal mendapat sebarang undi.

Antara bahagian yang memberikan undi kepada Dr Muhamad Akmal ialah Gerik, Sembrong, Bagan Serai, Kampar, Alor Setar,Lumut dan Parit Sulong.

Bahagian lain yang memberikan undi kepada beliau ialah Shah Alam, Indera Mahkota, Masjid Tanah, Iskandar Puteri, Keningau, Ipoh Timur dan Petaling Jaya.

Sementara itu, Dr Muhamad Akmal dalam reaksinya mengucapkan syukur di atas kemenangan berkenaan dan memohon ahli UMNO membantunya menggalas amanah dan tanggungjawab tersebut.

“Alhamdulilah Alhamdulilah Alhamdulilah. Saya mohon sahabat-sahabat semua bantu saya untuk menggalas amanah dan tanggungjawab yang besar ini. Demi sebuah pengharapan, Pemuda cara kita,” katanya di Facebook.

Dr Muhamad Akmal menggantikan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang tidak mempertahankan jawatannya. Asyraf kalah dalam tiga pilihan raya termasuk yang terbaharu apabila ditolek di Parlimen Gerik.

Berita berkaitan
Isu ziarah gereja: Polis akan panggil Hannah Yeoh untuk dirakam keterangan
16 jam lalu· Isu semasa
Ramai stres kos sara hidup tinggi, sekolah buka serentak Ramadan
23 jam lalu· Isu semasa
Warisan tak tolak bekerjasama dengan UMNO hadapi PRN Sabah: Shafie
23 jam lalu· Politik
Pemilihan UMNO: PMX ucap tahniah kepada Zahid walaupun tak bertanding
24 jam lalu· Politik
Popular
Menteri agama ditegur bermain wayang dalam isu ziarah gereja
March 20, 2023
Apa yang dipertahan PKR adalah ajaran Kitab Injil: Hadi Awang
March 19, 2023
RM2.25 juta berjaya dikumpul untuk bayar ganti rugi kes saman MP DAP
March 20, 2023
Hala tuju kerajaan PH-BN bela nasib rakyat semakin tersasar
March 20, 2023
Lagi Politik terkini
Menteri agama ditegur bermain wayang dalam isu ziarah gereja
14 jam lalu · Politik
RM2.25 juta berjaya dikumpul untuk bayar ganti rugi kes saman MP DAP
16 jam lalu · Politik
Zahid dakwa akar umbi mahu UMNO kekal bersama DAP dalam kerajaan
19 jam lalu · Politik
Hala tuju kerajaan PH-BN bela nasib rakyat semakin tersasar
21 jam lalu · Politik
Apa yang dipertahan PKR adalah ajaran Kitab Injil: Hadi Awang
March 19, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anak muda pantang ditipu, lebih yakin dengan Perikatan
17 jam lalu
[VIDEO] Sertai Pakatan dakyah ‘cybertrooper’, PAS tawakal dengan Bersatu
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok