MUDA umum 3 calon, Syed Saddiq tak pasti kerana kes pecah amanah

October 29, 2022 · Politik

Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) malam ini (29 Oktober 2022), mengumumkan calon parti itu yang akan bertanding di tiga kerusi Parlimen di Pulau Pinang, Selangor dan Johor pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), 19 November depan.

Tiga calon itu adalah Daniel Abdul Majid yang akan bertanding di Parlimen Kepala Batas; Siti Rahayu Baharin (Tanjung Karang); dan Lim Wei Jiet (Tanjung Piai).

Semua calon berkenaan diumumkan oleh Timbalan Presiden yang juga Pengarah Pilihan Raya MUDA, Amira Aisya Abd Aziz.

Bagaimanapun, Presiden MUDA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang juga penyandang kerusi Parlimen Muar, akan membuat pengumuman Rabu ini sama ada akan bertanding atau tidak.

Ia susulan isu moral setelah beliau diperintah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membela diri terhadap empat pertuduhan, termasuk pecah amanah, dana berjumlah RM1 juta.

Penyandang kerusi Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman diarah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membela dirinya atas empat pertuduhan, termasuk pecah amanah dana berjumlah RM1 juta.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid mendapati pendakwaan berjaya membuktikan wujud kes prima facie terhadap Syed Saddiq, yang juga bekas Ketua Armada Bersatu, kerana terlibat dalam pecah amanah ketika memegang jawatan dalam parti lamanya sebelum ini. https://www.agendadaily.com/isu-semasa/pendakwaan-berjaya-buktikan-kes-prima-facie-syed-saddiq-kena-bela-diri/

Amira Aisya berkata, ada beberapa lagi kerusi yang akan ditandingi parti itu pada PRU-15 dan pengumuman terbabit akan dibuat dalam tempoh terdekat.

“Semua kerusi yang bakal ditandingi MUDA adalah kawasan di luar bandar…. tidak ada satu pun kerusi bandar, tidak ada satu pun kerusi mudah, semua kerusi yang akan ditandingi bakal membabitkan pertembungan dengan penyandang berstatus menteri,” katanya.

Beliau berkata, parti itu juga akan menggunakan logo sendiri, tetapi berkongsi manifesto dengan Pakatan Harapan (PH).

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Tak cukup kerusi, PH dan DAP akan bentuk kerajaan negeri Pahang dengan BN
50 minit lalu· Politik
Setpol Ismail Sabri dikaitkan dalam rakaman audio jatuhkan Najib buat laporan polis
November 25, 2022· Politik
Terima kasih atas tawaran tapi PN ada maruah sedia jadi pembangkang: Muhyiddin
November 25, 2022· Politik
Apa berlaku dalam mesyuarat MT, dua ahli beri gambaran UMNO khianat Melayu
November 25, 2022· Politik
Popular
Setelah bekerjasama peringkat Pusat, PH minta lagi kerusi JTPD di Johor
November 26, 2022
Si Kitol, Raja Mendeliar sembunyi di Menara Dato Onn, Jebat tak datang
November 26, 2022
Jumpa PAS pengkhianat, jumpa PH hero… semua dah gila: Ismail Sabri
November 26, 2022
Muhyiddin sebak sokongan rakyat, api perjuangan masih menyala
November 26, 2022
Lagi Politik terkini
Strategi dahulukan bajet mini 2023: Anwar takut bawa usul keabsahan
2 jam lalu · Politik
Jumpa PAS pengkhianat, jumpa PH hero… semua dah gila: Ismail Sabri
3 jam lalu · Politik
Setelah bekerjasama peringkat Pusat, PH minta lagi kerusi JTPD di Johor
5 jam lalu · Politik
Si Kitol, Raja Mendeliar sembunyi di Menara Dato Onn, Jebat tak datang
5 jam lalu · Politik
Muhyiddin sebak sokongan rakyat, api perjuangan masih menyala
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
21 jam lalu
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok