MUDA runding dengan Anwar, Warisan kurang senang langkah Syed Saddiq

February 7, 2022 · Politik

Langkah parti MUDA yang diketuai Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berunding kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menimbulkan rasa kurang senang di kalangan para pemimpin Warisan.

Tindakan tersebut dianggap tidak wajar memandangkan parti pembangkang tersebut tidak sehaluan dengan blok Pakatan Harapan (PH) tersebut tetapi Presiden MUDA itu nampaknya terpaksa tunduk dan berunding dengan Ketua Pembangkang tersebut.

Sumber dalaman Warisan memberitahu Agenda Daily, Syed Saddiq sepatutnya memutuskan kerusi yang ingin mereka masuk bertanding dalam PRN Johor tanpa perlu berunding dengan PH kerana parti itu bukanlah sebahagian daripada gabungan blok pembangkang itu.

“MUDA bukan sebahagian daripada parti dalam PH, mengapa mereka perlu berunding dengan PH walhal MUDA juga tidak menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan kerajaan yang dibuat oleh PH.

“Jadi apakah kewajaran untuk MUDA berunding dengan PH. Tindakan Syed Saddiq tersebut tidak wajar kerana mereka akan dianggap sebagai parti yang bersekongkol dengan kerajaan dibentuk UMNO ketika ini,” kata sumber yang juga salah seorang pemimpin utama Warisan.

Jelas sumber lagi, MUDA perlu sedar kekalahan PH semasa PRN Melaka dan Sarawak tempoh hari adalah kerana mereka sudah ditolak oleh rakyat dan penyokong sendiri kerana tindakan bersetuju menyokong kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“MUDA perlu sedar dan menilai keputusan PRN Melaka dan Sarawak yang lalu, lihat bagaimana PH tewas teruk dalam dua PRN tersebut yang menyaksikan penolakan rakyat dan juga penyokong mereka sendiri.

“Rakyat sudah menolak PH termasuk Anwar yang dilihat bersekongkol dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan kemudiaannya menyokong kerajaan Ismail Sabri dengan menandatangani MoU,” kata sumber lagi.

Selain itu, paling mengecewakan apabila Ahli Parlimen pembangkang yang tidak berada dalam PH juga dinafikan hak mereka apabila tidak diberikan peruntukan untuk kawasan atas alasan tidak menyokong MoU yang dibuat dengan kerajaan.

Malahan, Syed Saddiq juga sebelum ini mempertikaikan tindakan berat sebelah kerajaan yang tidak memberikan peruntukan yang sepatutnya mereka dapat sama seperti Ahli Parlimen pembangkang dalam PH.

Bagaimanapun, Syed Saddiq nampaknya terpaksa tunduk kepada Anwar sehinggakan terpaksa berunding jumlah kerusi yang mereka tandingi di PRN Johor.

Pada Disember tahun lepas, Datuk Seri Shafie Apdal mengesahkan parti yang dipimpinnya itu secara rasmi melebarkan sayap ke Semenanjung dan berjanji akan “menjadi Perdana Menteri untuk semua” sekiranya menang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Selain itu, Shafie juga mengesahkan Warisan akan bekerjasama dengan MUDA tetapi tidak akan menyertai gabungan pembangkang, PH.

Namun, susulan tindakan terbaharu Syed Saddiq yang berunding kerusi dengan PH bakal menyaksikan Warisan mengkaji semula rancangan untuk menjalinkan kerjasama dengan MUDA.

Warisan tidak melihat Anwar sebagai calon Perdana Menteri yang akan mewakili gabungan mereka, sebaliknya meletak Shafie sebagai calon bagi jawatan nombor satu negara jika memenangi PRU-15 nanti.

Terdahulu awal hari ini, Syed Saddiq mengunjungi Anwar dan ‘mengesahkan’ kedua-dua parti itu akan bekerjasama dalam PRN Johor nanti.

Selain berbincang strategi bagi berdepan lawan pada PRN itu, kedua-duanya turut berbincang mengenai isu masa depan dan pembangunan anak muda di Malaysia.

Kunjungan itu sekali gus mengesahkan desas-desus sebelum ini yang mengatakan MUDA akan bekerjasama dengan PH pada PRN Johor.

Dalam ciapan di Twitternya hari ini, Anwar bagaimanapun tidak menjelaskan berhubung jumlah kerusi yang bakal diberikan kepada MUDA.

Menurut Anwar dalam pertemuan itu mereka berbincang soal masa depan dan pembangunan anak muda di Malaysia.

“Pagi tadi saya dikunjungi Presiden MUDA dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di pejabat.

“Kami berbincang soal masa depan dan perihal pembangunan anak muda di negara ini.

“Kami juga turut menyentuh tentang strategi dan perjalanan PRN Johor yang akan berlangsung tidak lama lagi,” kata Anwar dalam kenyataan.

Berita berkaitan
Izzah jawab spekulasi dicalonkan untuk PRN P.Pinang
May 31, 2023· Politik
PMX kata tak tahu berhubung dakwaan tawaran kepada PAS
May 30, 2023· Politik
Saya tak dengar ada rombakan Kabinet, kata TPM
May 30, 2023· Politik
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
May 29, 2023· Isu semasa
Popular
Dr M sedia bekerjasama dengan Muhyiddin tapi tidak dengan Anwar
June 1, 2023
Lompat parti empat Ahli Parlimen Sabah, AGC akan bantah permohonan Bersatu
June 1, 2023
Bersatu akan bertanding lawan kerusi UMNO pada PRN Kelantan: Mohd Amar
June 1, 2023
Hassan kecewa ketua pembangkang Kemboja diusir kerajaan
June 1, 2023
Lagi Politik terkini
Melayu mudah lupa sokong PH, Hadi gesa jangan sokong pembohong
9 jam lalu · Politik
Bersatu akan bertanding lawan kerusi UMNO pada PRN Kelantan: Mohd Amar
9 jam lalu · Politik
Gelombang PN tak padam, dijangka kekal dalam PRN: Tuan Ibrahim
10 jam lalu · Politik
Lompat parti empat Ahli Parlimen Sabah, AGC akan bantah permohonan Bersatu
11 jam lalu · Politik
Hassan kecewa ketua pembangkang Kemboja diusir kerajaan
13 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
6 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok