Muda pula bantah pengampunan Najib

May 1, 2023 · Politik

Selepas Amanah menimbulkan ketidaksenangan terhadap UMNO rentetan kenyataan Pengarah Komunikasinya, Khalid Samad yang merayu agar Yang diPertuan Agong menolak pengampunan terhadap Datuk Seri Najib Razak, kini giliran Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) pula menyuarakan perkara sama.

Menurut parti sekutu Pakatan Harapan (PH) itu, mereka akan menentang sebarang usaha ke arah pengampunan terhadap bekas Presiden UMNO yang juga bekas perdana menteri.

Jawatankuasa Eksekutif Pusat Muda menyifatkan Najib sebagai seorang kleptokrat yang membawa kesusahan kepada negara dan pengampunan terhadapnya akan memberi mesej yang salah kepada rakyat Malaysia.

“Adakah rakyat biasa yang didapati bersalah atas jenayah yang sama adakah mereka juga akan diberi keistimewaan ini?

“Pengampunan ke atas Najib tatkala dia baru sahaja menjalankan hukuman akan membawa mesej bahawa mana-mana individu berpengaruh, mempunyai hubungan kuasa tidak perlu gusar dengan undang-undang. Ini bercanggah dengan prinsip rukun negara iaitu kedaulatan undang-undang.

“Ini bercanggah dengan prinsip rukun negara iaitu kedaulatan undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam Amanah melalui Timbalan Presidennya, Datuk Seri Salahuddin Ayub menyampaikan permohonan maaf langsung kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi susulan kenyataan Khalid yang disifatkan tidak mewakili parti sebaliknya hanya pandangan peribadi.

Jumaat lalu, Khalid dalam satu kenyataan berkata Amanah berpendirian pengampunan ke atas Najib akan menjejaskan keyakinan rakyat kepada kerajaan dan institusi Raja-Raja Melayu yang mahu membersihkan negara daripada penyelewengan dan salah guna kuasa.

Beliau yang mengeluarkan kenyataannya bagi pihak Amanah merayu agar Najib terus dipenjara dan ditolak permohonannya untuk pengampunan diraja.

UMNO yang kini menjadi parti penting dalam pentadbiran kerajaan perpaduan di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan petisyen untuk memohon pengampunan terhadap Najib.

Tindakan itu dilihat memberi tekanan kepada Anwar yang turut berada dalam Lembaga Pengampunan atas kapasitinya sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap Wilayah Persekutuan akan menasihati Yang di-Pertuan Agong berhubung permohonan itu.

Dalam kenyataan sama, Muda turut menyindir parti rakan sekutunya, Amanah yang meminta maaf kepada UMNO susulan kenyataan Khalid itu sambil menegaskan tidak akan berbuat perkara sama.

“Sekali lagi kami ingin menjelaskan bahawa ini adalah pendirian rasmi parti dan bukan pandangan atau pendapat peribadi individu di dalam parti.

“Kami tidak bercadang untuk memohon maaf atas pendirian ini,” katanya.

Najib kini menjalani hukuman penjara 12 tahun dan juga dikenakan denda RM210 juta selepas didapati sabit kesalahan terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram dana SRC International.

Berita berkaitan
Anak harap usaha bebaskan Najib tidak dilupakan
8 jam lalu· Politik
Pemuda UMNO menangis selepas beri Najib Anugerah Tokoh Pemuda
14 jam lalu· Politik
Bijak bezakan peranan parti politik dan kerajaan
20 jam lalu· Isu semasa
Singapura tak guna OPR, Dr M beritahu Anwar
June 7, 2023· Isu semasa
Popular
Zahid ucap selamat maju jaya untuk ‘warlord’ UMNO mahu sertai PN
June 8, 2023
Pemuda UMNO tuntut DAP mohon maaf, Zahid kata tak perlu
June 8, 2023
PAU bukan lagi bincang hal orang Melayu, tapi pujuk ahli sokong DAP
June 8, 2023
Zahid kata tak perlu, Pemuda UMNO tetap pertahan pendirian mahu DAP minta maaf
June 8, 2023
Lagi Politik terkini
Tok Mat sokong cadangan minta DAP minta maaf walaupun Zahid kata tak perlu
4 jam lalu · Politik
DUN Pulau Pinang bubar 28 Jun bagi beri laluan PRN
4 jam lalu · Politik
Dikritik tolak usul skandal LCS, Speaker jawab kepada Syed Saddiq sebab ditolak
8 jam lalu · Politik
Zahid kata tak perlu, Pemuda UMNO tetap pertahan pendirian mahu DAP minta maaf
8 jam lalu · Politik
Siasatan ke atas Sanusi episod hitam dalam negara, kata PAS
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
11 jam lalu
[VIDEO] Gelombang sudah ada, PN tetap usaha menang PRN enam negeri
June 7, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok