MUDA muatnaik surat mohon masuk PH, harap Saifuddin baca di FB

March 24, 2023 · Politik

Parti MUDA memuatnaik surat permohonan menyertai Pakatan Harapan (PH) dalam Facebook selepas tidak ada maklum balas jawapan berhubung permohonan mereka sebelum ini.

Langkah diambil parti MUDA itu memuatnaik surat permohonan itu dibuat susulan alasan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang juga Setiausaha PH terlalu sibuk dengan urusan sebagai Menteri Dalam Negeri.

Setiausaha Agung MUDA, Amir Hariri Abd Hadi menerusi ciapan di Twitter berkata, Saifuddin Nasution ketika ini pastinya mempunyai begitu banyak agenda reformasi yang sedang dijalankan.

“Terima kasih atas jawapan Saifuddin Nasution. Kami memahami kesibukan dan tugas berat Datuk Seri sebagai Menteri Dalam Negeri kerana begitu banyak agenda reformasi yang sedang dilaksana.

“Jadi, saya kongsikan di sini surat-surat yang dihantar. Harap sempat dibaca kepada Datuk Seri,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai maklum balas Saifuddin itu yang menyatakan dirinya terlalu sibuk hingga tidak sempat membaca surat permohonan MUDA untuk menyertai gabungan parti di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

Sebelum ini, Muda dilaporkan tidak dijemput ke Mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan kali kedua yang diadakan pada 19 Mac lalu di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Untuk makluman, ini adalah kali kedua parti yang dipimpin oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu dikecualikan dalam mesyuarat parti pemerintah selepas mesyuarat yang pertama berlangsung pada 7 Februari lalu.

Dalam pada itu, MUDA juga masih menunggu jawapan daripada PH untuk mengadakan pertemuan dengan sekretariat gabungan itu bagi membincangkan beberapa perkara termasuk peranan parti tersebut dalam kerajaan.

Sementara itu, Amir Hariri menerusi Twitternya turut berkongsi beberapa surat yang diutuskan kepada Saifuddin Nasution melalui pelbagai platform.

“Surat kedua (18 Disember 2022) telah diserahkan juga secara atas tangan kepada Datuk Seri, selain kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan PH ketika majlis tandatangan Kerajaan Perpaduan di Putrajaya.

“Semua surat ini telah diserahkan melalui e-mel, atas tangan (dan) juga melalui aplikasi WhatsApp.

“Moga dengan kepadatan jadual Datuk Seri melaksanakan agenda reformasi, sempat kiranya dibacakan kesemua surat ini.

“Muda hanya memerlukan jawapan dan bersedia menerima sebarang keputusan,” jelasnya lagi.

Berita berkaitan
Jangan perasan, Zahid sindir Hadi
May 28, 2023· Politik
Prestasi menteri kerajaan campuran semua memuaskan, kata Zahid
May 27, 2023· Politik
MB Selangor : Amirudin gagal, Anwar digesa calon muka baharu
May 21, 2023· Politik
Tidak sehaluan dengan Zahid, ahli UMNO dipelawa berjuang dalam PN
May 21, 2023· Politik
Popular
Isu dana judi satu tuduhan berat dibuat PMX tanpa bukti: KJ
May 29, 2023
Wakil kerajaan jumpa Tuan Ibrahim tawar kerjasama juga
May 29, 2023
Kes sedang dalam perbicaraan minta digugurkan, ini kerajaan luar tabii: Razali
May 29, 2023
UMNO diramal hilang separuh sokongan akar umbi, kata KJ
May 29, 2023
Lagi Politik terkini
UMNO diramal hilang separuh sokongan akar umbi, kata KJ
7 jam lalu · Politik
Isu dana judi satu tuduhan berat dibuat PMX tanpa bukti: KJ
8 jam lalu · Politik
Dana judi: Tarik balik kenyataan, minta maaf kata PAS
11 jam lalu · Politik
Wakil kerajaan jumpa Tuan Ibrahim tawar kerjasama juga
13 jam lalu · Politik
Jamal disaman RM1 juta berhubung isu ‘pengundi hantu’ semasa PAU
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PRN Perikatan Nasional N24 Jeneri
30 minit lalu
[VIDEO] Malaysia Madani gagal, Anwar jadi PM buat apa pun tak jadi
2 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok