MUDA kecil hati tak dijemput ke mesyuarat di pejabat UMNO, tapi logo di poster ada

February 8, 2023 · Politik

Mesyuarat kerajaan campuran berlangsung malam tadi di pejabat UMNO yang dipengerusikan Datuk Seri Anwar Ibrahim tanpa ada wakil daripada parti Ikatan Demokrasi Malaysia (MUDA) walaupun di poster terdapat logo parti itu.

Parti MUDA yang juga merupakan salah satu komponen dalam kerajaan campuran, Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) tidak diundang ke mesyuarat pertama sekretariat yang berlangsung di pejabat UMNO dan dihadiri pemimpin daripada DAP, Amanah, Warisan, MIC, MCA dan beberapa pemimpin parti yang lain.

“Khabarnya semalam berlangsung mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan. Nampak ada logo Muda. Tapi tak tahu apa-apa

“Tak ada jemputan. Tak ada makluman. Tahu-tahu dah ada keputusan,” kata Setiausaha Agung Muda Amir Abd Hadi dalam satu kenyataan di hantaran Facebook.

Selepas mesyuarat, Perdana Menteri mengumumkan semua parti kerajaan memberikan komitmen untuk bekerjasama dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan pada bila-bila masa.

Menulis di Twitter dia berkata sekurang-kurangnya Muda harus dimaklumkan berkaitan keputusan yang dicapai dalam mesyuarat itu.

“Mungkin sekurang-kurangnya, boleh bagi taklimat hasil mesyuarat?” soalnya.

Mesyuarat malam tadi amat bersejarah bagi Anwar sendiri kerana itulah kali pertama beliau menjejakkan kaki ke bangunan UMNO sejak dipecat 25 tahun lalu dan disambut ketibaannya oleh Ketua Pemuda, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.

Bagi DAP pula, musuh tradisi UMNO sebelum ini, itu ialah yang pertama buat mereka.

Berita berkaitan
Program dialog disekat UiTM, Syed Saddiq bidas kerajaan campuran
7 jam lalu· Uncategorized
Adakah Najib akan dibebaskan esok semasa pentadbiran kerajaan campuran?
15 jam lalu· Politik
Lokasi majlis buka puasa di MAEPS bersama MB Kedah dibatalkan pula, arahan siapa?
March 29, 2023· Politik
Ketua Menteri Melaka letak jawatan, Zahid sahkan bakal umum nama baharu
March 29, 2023· Politik
Popular
Adakah Najib akan dibebaskan esok semasa pentadbiran kerajaan campuran?
March 30, 2023
PAS kata PRN masa sesuai PH, DAP putuskan terus nyawa UMNO
March 31, 2023
Ketua Pemuda UMNO pula sindir Exco Melaka isu kerajaan ‘tebuk atap’
March 30, 2023
AJK UMNO Bahagian Tangga Batu tak iktiraf Rais Yasin ketua baharu
March 30, 2023
Lagi Politik terkini
PAS kata PRN masa sesuai PH, DAP putuskan terus nyawa UMNO
6 jam lalu · Politik
PH setuju tubuh kerajaan campuran UMNO-PH Melaka
17 jam lalu · Politik
Larangan terhadap MB Kedah: PH-BN bawa landskap politik lapuk
18 jam lalu · Politik
Ketua Pemuda UMNO pula sindir Exco Melaka isu kerajaan ‘tebuk atap’
18 jam lalu · Politik
AJK UMNO Bahagian Tangga Batu tak iktiraf Rais Yasin ketua baharu
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok