
Puad Zarkashi.
Parti Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) bukanlah sebahagian dalam kerajaan campuran ketika ini, kata Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.
Puad yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata ia bukan isu yang perlu diperbesarkan kerana MUDA mempertikaikan isu pengampunan terhadap Datuk Seri Najib Razak, ia memandangkan parti dipimpin Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bukan sebahagian dalam kerajaan campuran.
Justeru, Puad berkata tiada keperluan untuk mendesak MUDA meminta maaf seperti yang digesa terhadap Parti Amanah sebelum ini yang turut membangkitkan isu sama.
Mohd Puad berkata, ini kerana, MUDA bukan rakan gabungan dalam Kerajaan Perpaduan.
“Tidak perlu minta maaf macam parti AMANAH. UMNO tidak akan tersinggung dengan MUDA.
“Parti MUDA turut bantah pengampunan Najib. MUDA siang-siang lagi cakap tidak akan minta maaf pada UMNO,” kata dalam hantaran di Facebook.
MUDA dalam kenyataan hari ini menyatakan pendirian supaya Lembaga Pengampunan menolak permohonan pengampunan dikemukakan ke atas Najib.
Kenyataan menerusi Jawatankuasa Eksekutif Pusat MUDA memberitahu parti itu akan menentang sebarang usaha ke arah pengampunan Najib.
Jawatankuasa itu menyifatkan Najib sebagai “kleptokrat” kerana membawa kesusahan kepada negara, dan pengampunan terhadapnya akan memberi mesej salah kepada rakyat Malaysia.
Terdahulu dalam isu pengampunan Najib, UMNO mendesak Amanah supaya meminta maaf kerana mempertikaikan isu permohonan pengampunan UMNO yang dibuat bagi membebaskan Najib yang sedang menjalani hukuman penjara.