MT UMNO akan buat ketetapan berhubung PRU-15 malam ini, kata Zahid

June 24, 2022 · Politik

Satu ketetapan akan dimuktamadkan UMNO dalam mesyuarat Majlis Tertinggi yang bakal berlangsung malam ini, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden UMNO itu berkata parti akan membuat keputusan yang amat mustahak berhubung berkait keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) Khas sebelum ini serta pendirian terbaru parti itu berkaitan pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).

“Kita tahu bahawa PAU lalu sudah ambil ketetapan bahawa ‘Top Five’ diberikan mandat untuk menentukan perkara yang berkaitan dengan beberapa langkah pilihan (ke arah PRU ke-15).

“Mesyuarat MT malam ini menjadi penting bagi menterjemahkan keputusan PAU yang bukan saja sudah memutuskan beberapa perkara yang termaktub dalam usul-usul, tetapi juga mengenai ketetapan dibuat dalam PAU Khas,” katanya dipetik laporan BH.

UMNO akan mengadakan Mesyuarat MT malam ini, dijangka Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bakal menerima tekanan sekali lagi supaya membubarkan Parlimen dengan segera.

PAU Khas UMNO sebelum ini meluluskan pindaan Perlembagaan UMNO bagi membenarkan parti itu diberi pilihan untuk mengadakan pemilihannya enam bulan selepas PRU.

Sementara PAU yang berlangsung pada Mac lalu pula, antara lain memutuskan usul, bahawa tempoh masa sesuai untuk diadakan PRU ke-15 akan dibincang dan diputuskan dalam ‘Top Five’ UMNO, yang turut disertai Ismail Sabri selaku Naib Presiden.

Dalam pada itu, ditanya media sama ada MT malam ini akan memutuskan bahawa pemilihan parti akan dibuat selepas PRU ke-15, beliau berkata, akan diketahuinya dalam kenyataan media malam ini.

“Tunggulah sehingga kenyataan media dikeluarkan selepas mesyuarat malam ini,” katanya.

Berita berkaitan
PBM bakal hantar permohonan sertai BN dalam masa terdekat: Zuraida
11 jam lalu· Politik
PH belum muktamadkan agihan kerusi pada PRU-15
11 jam lalu· Politik
Tajuddin sokong Ismail Sabri jadi PM, beri amaran jangan main-main
12 jam lalu· Politik
Selepas dibidas ‘bangang’, Noh bidas Anwar pula tak tahu cerita sebenar
13 jam lalu· Politik
Popular
Selepas dibidas ‘bangang’, Noh bidas Anwar pula tak tahu cerita sebenar
July 3, 2022
Sedarlah diri Anwar tiada sokongan majoriti nak jadi PM: Annuar
July 3, 2022
PBM bakal hantar permohonan sertai BN dalam masa terdekat: Zuraida
July 3, 2022
Tajuddin sokong Ismail Sabri jadi PM, beri amaran jangan main-main
July 3, 2022
Lagi Politik terkini
Parti akan bincang guna lambang PN, kata Tuan Ibrahim
9 jam lalu · Politik
Sedarlah diri Anwar tiada sokongan majoriti nak jadi PM: Annuar
11 jam lalu · Politik
Parti Syed Saddiq intai peluang bertanding di Perak
13 jam lalu · Politik
Pendedahan Tajuddin tak mengejutkan, ‘kluster mahkamah’ sanggup lakukan apa sahaja
19 jam lalu · Politik
PH hanya kritik Ismail Sabri tapi bukan desak PRU-15 awal, kata pemimpin
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok