MT tak bincang tarikh PRU-15, dakwa Bung Moktar

August 28, 2022 · Politik

Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO malam ini dikatakan tidak membincangkan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Memetik laporan BH, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin ketika ditanya sama ada MT berbincang mengenai tarikh PRU-15 menjawab: “Tidak”.

“Kita tak bincang, itu hak Perdana Menteri,” katanya kepada media selepas mesyuarat berkenaan di Menara Dato Onn, di ibu negara.

Terdahulu, pada Taklimat Khas Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata desakan supaya Parlimen dibubarkan segera akan dibincangkan dalam mesyuarat MT malam ini.

“Malam ini ada mesyuarat MT. Kami semua akan mesyuarat MT. Kami akan bawa mandat hari ini dalam mesyuarat MT.

“Rakan-rakan MT, lihat sendiri dukungan ahli UMNO dari seluruh negara ini,” kata Zahid lagi.

Mengulas lanjut, Bung Moktar berkata mesyuarat MT malam tadi membincangkan solidariti bagi memperkukuhkan parti dalam menghadapi PRU-15.

Menurutnya mesyuarat dipengerusikan Zahid turut membincangkan mengenai kestabilan ekonomi dan negara.

“Benda tak penting kita tak bincang, kita bincang perkara untuk memperkukuh parti, parti kuat, calon kita menang,” katanya.

Mesyuarat itu turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang juga Naib Presiden parti.

Berita berkaitan
Ku Li bidas keputusan UMNO mahu PRU-15 semasa banjir ikut nafsu semata-mata
3 jam lalu· Politik
PAS aktifkan jentera pilihan raya selepas UMNO desak PM bubar Parlimen
3 jam lalu· Politik
Tajuddin dan Ketua Bahagian Alor Setar digantung keahlian UMNO: Laporan
3 jam lalu· Politik
PRU-15 selepas bentang Bajet 2023 bakal jadi kenyataan, PM setuju arahan Presiden?
6 jam lalu· Politik
Popular
MT UMNO setuju bekerjasama dengan PAS hadapi PRU-15
September 30, 2022
UMNO pecat Zaharin Mohd Yasin
October 1, 2022
Tajuddin dan Ketua Bahagian Alor Setar digantung keahlian UMNO: Laporan
October 1, 2022
Ku Li bidas keputusan UMNO mahu PRU-15 semasa banjir ikut nafsu semata-mata
October 1, 2022
Lagi Politik terkini
Radzi bidas UMNO jangan rasa besar sangat, ingat rakyat sama
2 minit lalu · Politik
Inilah amaran Zahid kepada Ismail Sabri, kata Ketua UMNO digantung
1 jam lalu · Politik
Tak boleh hanya PAS dan UMNO sahaja tanpa Bersatu: Abdul Hadi
2 jam lalu · Politik
UMNO pecat Zaharin Mohd Yasin
14 jam lalu · Politik
MT UMNO setuju bekerjasama dengan PAS hadapi PRU-15
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
13 jam lalu
[VIDEO] 4 wilayah Ukraine jadi milik Rusia
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok