MT boleh semak keputusan tidak bekerjasama dengan PAS: Tok Mat

September 14, 2022 · Politik

Sebarang semakan keputusan untuk tidak bekerjasama dengan PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang hanya akan dibuat oleh Majlis Tertinggi ((MT) UMNO, kata Datuk Seri Mohamad Hasan.

Timbalan Presiden UMNO itu berkata perkara berkenaan hanya akan dibincangkan jika ia dibangkitkan pada mesyuarat bulanan badan pembuat keputusan tertinggi parti itu.

Mohamad, lebih dikenali Tok Mat, berkata walaupun UMNO telah memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan PAS, terpulang kepada MT untuk memutuskan sama ada ia perlu dikaji semula atau tidak.

Parti (MT) perlu memutuskan perkara ini – bukan hanya satu atau dua orang yang membuat keputusan, katanya menurut TheStar.

“Jika perkara ini dibangkitkan dalam mesyuarat MT, kita akan membincangkan kebaikan dan keburukan kerjasama dengan PAS,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas melancarkan program Hari Merdeka anjuran bersama Jabatan Penerangan dan e-komuniti Paroi.

Mohamad diminta menjawab kenyataan Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan bahawa parti itu masih menganggap UMNO dan semua parti di bawah payung perpaduan ummah sebagai rakan ta’awun (rakan kerjasama).

11 September lalu, Takiyuddin berkata PAS kekal menganggap UMNO dan parti lain yang bernaung di bawah gagasan penyatuan ummah sebagai rakan taawun, selain tetap menolak Pakatan Harapan (PH) dan konsep ‘khemah besar’, PRU-15.

Beliau berkata pendirian itu dibuat selaras keputusan mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Ahad lalu, yang memutuskan parti itu konsisten dan komited dengan agenda penyatuan ummah.

Selaras pendirian itu, beliau memaklumkan PAS terus terbuka untuk mengadakan pertemuan dan rundingan dengan rakan kerjasamanya menjelang PRU-15, termasuk UMNO.

Terdahulu pada 2 September, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu tidak akan membentuk pakatan dengan PAS untuk menghadapi PRU-15 kerana parti Islam itu telah menyimpang daripada gagasan Muafakat Nasional (MN) yang mereka tandatangani pada 2019.

Zahid untuk sekian kalinya secara terbuka menolak tawaran PAS bagi mengadakan kerjasama sambil menyifatkan parti Islam itu sentiasa bermain selamat dan mandi dalam beberapa kolam.

Sehubungan itu, Zahid berkata bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan bergerak solo pada PRU-15.

Berita berkaitan
Ahli UMNO di Pelangai keluar parti sertai PAS, dakwa disisih
12 jam lalu· Politik
UMNO sekat pertandingan jawatan Presiden, pecat calon mahu cabar Zahid: Afnan
20 jam lalu· Politik
UMNO tanding PRK Kemaman jika diadakan, kata Zahid yakin rakyat sokong
20 jam lalu· Politik
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023· Politik
Popular
Ahli UMNO di Pelangai keluar parti sertai PAS, dakwa disisih
October 1, 2023
Hang tu PM untuk rakyat Malaysia bukan PKR, Afnan gesa Anwar berhenti berdendam
October 1, 2023
UMNO tanding PRK Kemaman jika diadakan, kata Zahid yakin rakyat sokong
September 30, 2023
UMNO sekat pertandingan jawatan Presiden, pecat calon mahu cabar Zahid: Afnan
September 30, 2023
Lagi Politik terkini
Buat kali pertama, DUN Terengganu bersidang tanpa pembangkang
4 minit lalu · Politik
Hang tu PM untuk rakyat Malaysia bukan PKR, Afnan gesa Anwar berhenti berdendam
12 jam lalu · Politik
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023 · Politik
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023 · Politik
MP DAP sudah diambil keterangan berhubung video tafsir al-Quran: Ayob Khan
September 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
23 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok