MP UMNO dan PN tiba di Istana Negara, kelibat Anwar gagal dikesan

August 19, 2021 · Politik

Ahli-ahli Parlimen (MP) UMNO dan Perikatan Nasional (PN) sudah tiba di Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini, ia bagi mengesahkan pendirian berhubung Surat Akuan (SD) yang diarah dihantar semalam selepas berakhir tempoh diberikan.

Bagaimanapun, tidak kelihatan kelibat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bas membawa MP UMNO dilihat memasuki Pintu Dua Istana Negara pada pukul 10.38 pagi, diikuti lebih 10 kenderaan lain.

Difahamkan, Ahli Parlimen dari Barisan Nasional (BN), Bersatu dan PAS juga antara yang dijadual tiba di Istana Negara antara pukul 11 pagi hingga 4 petang ini.

Terdahulu semalam, jemputan ke Istana Negara dihantar kepada MP daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS), Bersatu, UMNO, MCA, MIC, PAS, dan beberapa parti lain dan MP bebas.

Pada pukul 4 petang semalam, tamat tempoh untuk MP menyerahkan satu surat akuan bersumpah bagi menamakan seorang calon Perdana Menteri kepada Istana Negara.

Notis itu yang dikeluarkan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun kepada 220 Ahli Dewan Rakyat, bagi membolehkan seorang daripada mereka yang mempunyai kepercayaan majoriti dilantik sebagai perdana menteri, susulan peletakan jawatan Muhyiddin yang juga MP Pagoh, Isnin lepas.

Berita berkaitan
Pengerusi PAC bidas Najib tak semak fakta pertikai laporan kapal tak siap
3 jam lalu· Isu semasa
Isu 1MDB dahulu Najib juga nafikan, akhirnya didakwa di mahkamah
4 jam lalu· Politik
PAS gesa pesalah skandal kapal tak siap dibawa ke muka pengadilan
12 jam lalu· Isu semasa
PN sahkan masih sokong PM, tidak timbul isu tarik sokongan: Annuar
18 jam lalu· Politik
Popular
Isu 1MDB dahulu Najib juga nafikan, akhirnya didakwa di mahkamah
August 8, 2022
Isu kapal LCS, Rafizi beri amaran Najib akan kena kali ini
August 7, 2022
PN sahkan masih sokong PM, tidak timbul isu tarik sokongan: Annuar
August 7, 2022
PN beri komitmen sokong PM sehingga diadakan PRU-15: Ronald
August 7, 2022
Lagi Politik terkini
MP Puncak Borneo beri penjelasan tukar parti baharu, demi pengundi
19 jam lalu · Politik
Lima kawasan di Perak jadi sasaran untuk ditandingi Warisan pada PRU-15
19 jam lalu · Politik
PN beri komitmen sokong PM sehingga diadakan PRU-15: Ronald
19 jam lalu · Politik
PRU-15 November: Laporan
August 7, 2022 · Politik
Isu kapal LCS, Rafizi beri amaran Najib akan kena kali ini
August 7, 2022 · Politik
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
2 jam lalu
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok