MP UMNO bebas buat keputusan di Parlimen, Tajuddin kata Ahmad Maslan bengong

July 12, 2021 · Politik

Seorang Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mempertahankan Ahli Parlimen (MP) UMNO wajar diberikan kebebasan untuk membuat keputusan semasa sidang Parlimen nanti walaupun tidak selari dengan pendirian parti.

Tajuddin menyifatkan ketetapan yang diputuskan semasa Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 pada Mac lalu menjadi panduan bagi semua MP UMNO untuk membuat keputusan di Parlimen, iaitu menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) sedia ada sehingga terbubar Parlimen.

“Buat sementara ini kita masih lagi dalam kerajaan… Kita ikut keputusan PAU pun, kita boleh berada dalam PN, kalau Menteri dan Timbalannya terus berada dalam kerajaan sehingga Parlimen dibubarkan, jangan marah mereka.

“Kalau masih lagi dalam kerajaan, itu bermakna mereka berpegang kepada keputusan PAU,” katanya kepada Agenda Daily.

Ahli Parlimen Pasir Salak itu juga membidas tindakan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yang memaksa MP UMNO mengikut pendirian parti semasa pengundian di Parlimen yang diputuskan dalam Mesyuarat MT baru-baru ini yang baginya seakan memperlekehkan wakil rakyat parti itu.

“Tapi ada yang desak supaya Menteri, Timbalan letak jawatan, apa desak-desak?

“Apa? MP bodoh ke tak reti nak jaga parti? Nak ikut keputusan parti? Kita tahulah,” katanya.

Jelas Pengarah Pilihan Raya UMNO itu lagi, Ahmad Maslan tidak boleh memaksa MP UMNO untuk mengikut keputusan yang diputuskan semasa mesyuarat MT baru-baru ini yang menarik sokongan terhadap kerajaan PN walhal ketetapan asal PAU sudah menyatakan langkah menarik diri daripada kerajaan PN hanya apabila Parlimen dibubarkan dan bukan sekarang.

“Bagi saya ramai MP tahu keputusan PAU ialah kita mesti tarik diri apabila Parlimen dibubarkan. Selagi tak dibubar, tak ada keputusan yang memaksa,” ujarnya lagi.

Tajuddin menyifatkan gesaan Ahmad Maslan itu sebagai bengong walhal pendirian untuk kekal berada dalam kerajaan adalah berlandaskan ketetapan semasa PAU.

“Ini maknanya berada dalam kerajaan buat masa ini menepati keputusan PAU. Apa bengong sama ni? Ini keputusan PAU. Ada orang yang tak sabar-sabar nak buat sekarang juga. Kena keluar… Apa ni?” ujarnya.

Berhubung sama ada wajar atau tidak MP UMNO mengikut keputusan yang selari dengan parti, Tajuddin menegaskan ia terpulang kepadanya untuk membuat keputusan kerana kebebasan sudah diberikan untuk menyokong atau tidak kerajaan di Parlimen nanti.

“Tapi yang penting sebagai ahli Dewan Rakyat, saya diberikan kebebasan untuk membuat keputusan pada isu yang berbangkit.

“Bila saya buat keputusan nanti, jangan salahkan saya, jangan marah saya pula,” katanya lagi.

Selepas mesyuarat MT pada Rabu lalu, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi didakwa tidak mengumumkan keputusan berhubung MP UMNO bebas membuat pengundian semasa sidang Parlimen nanti semasa perutusan sidang media yang direkod lebih awal sebelum berlangsung mesyuarat.

Ahmad Maslan juga selepas itu ada mengeluarkan kenyataan berhubung kebebasan diberikan kepada MP UMNO untuk mengundi semasa sidang Parlimen tetapi kini kenyataannya seakan memaksa semua untuk mengikut keputusan pada Rabu lalu yang menarik sokongan terhadap kerajaan PN dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Popular
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Lagi Politik terkini
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok