MP PKR mahu Anwar perbetulkan kesilapan, pertikai lantikan anak

February 1, 2023 · Politik

Veteran PKR, Hassan Abdul Karim menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperbetulkan kesilapan dalam isu lantikan anaknya, Nurul Izzah.

Ahli Parlimen Pasir Gudang itu berkata sekiranya kesilapan dalam isu lantikan anak perempuan Anwar itu boleh diperbetulkan supaya tidak berpanjangan sehingga menimbulkan kritikan terhadap kerajaan campuran Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

“Ada peribahasa Melayu mengatakan ‘sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan’ (jika sudah mengetahui akan kesalahan yang telah dilakukan hendaklah kembali ke jalan yang sebenar), kalau tak nanti benda ini meleret-leret,” katanya dipetik laporan BH.

Beliau berkata, pelantikan anak sendiri di bawah Kementerian Kewangan diterajui Anwar adalah bercanggah dengan prinsip reformasi dan membanteras amalan nepotisme yang diperjuangkan beliau selama ini.

“Pembabitan Nurul Izzah dikhuatiri akan membabitkan campur tangan, sedangkan dalam Kementerian Kewangan sudah mempunyai pakar-pakar dan profesional sendiri yang menerima gaji.

“Walaupun tanpa gaji penasihat dalam soal kewangan ertinya nanti Jabatan Perbendaharaan Kementerian Kewangan akan tunduk kepada Izzah.

“Izzah boleh diberikan tempat dalam kerajaan seperti di bawah Kementerian Ekonomi bersama Rafizi Ramli,” katanya.

Menurutnya, jika mahukan pentadbiran yang telus dan bebas daripada kronisme atau nepotisme, Anwar tidak boleh melantik anak sendiri sebagai penasihat bagi mengelak wujudnya konflik berkepentingan.

“Saya menghormati Anwar dan sahabat saya Izzah, beliau seorang pemimpin yang pengalaman tiga penggal sebagai ahli Parlimen dan saya anggap dia sebagai ‘future leader’ (pemimpin masa depan) tetapi amat malang berada dalam kontroversi ini,” katanya.

Izzah menjadi perhatian selepas memberitahu media bahawa Anwar melantiknya sebagai Penasihat Kanan Ekonomi sejak 3 Januari lalu.

Bagaimanapun beberapa pihak termasuk daripada Pakatan Harapan tidak bersetuju dengan pelantikan tersebut kerana menyifatkan ia sebagai satu bentuk amalan nepotisme yang tidak sihat.

Anwar juga sebelum ini mempertahankan pelantikan Izzah itu dibuat berdasarkan kelayakannya.

Katanya, Izzah mempunyai ijazah kejuruteraan dan bidang dasar awam dari Universiti Johns Hopkins di AS.

Terdahulu, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) anti-rasuah, Transparency International Malaysia (TI-M) menyifatkan langkah Anwar melantik Izzah boleh dilihat sebagai kembalinya amalan kronisme dan nepotisme di negara ini.

“Pada pandangan kami, ia memberi isyarat yang salah dan saya khuatir jika tidak diperbetulkan, ia akan diambil kira dalam persepsi umum di negara ini.

“Persepsi hari ini ialah kronisme telah kembali dan nepotisme telah menyelinap masuk, dan ini tidak baik,” kata Presidennya Muhammad Mohan.

Berita berkaitan
Program dialog disekat UiTM, Syed Saddiq bidas kerajaan campuran
7 jam lalu· Uncategorized
Adakah Najib akan dibebaskan esok semasa pentadbiran kerajaan campuran?
15 jam lalu· Politik
Lokasi majlis buka puasa di MAEPS bersama MB Kedah dibatalkan pula, arahan siapa?
March 29, 2023· Politik
Ketua Menteri Melaka letak jawatan, Zahid sahkan bakal umum nama baharu
March 29, 2023· Politik
Popular
Adakah Najib akan dibebaskan esok semasa pentadbiran kerajaan campuran?
March 30, 2023
PAS kata PRN masa sesuai PH, DAP putuskan terus nyawa UMNO
March 31, 2023
Ketua Pemuda UMNO pula sindir Exco Melaka isu kerajaan ‘tebuk atap’
March 30, 2023
AJK UMNO Bahagian Tangga Batu tak iktiraf Rais Yasin ketua baharu
March 30, 2023
Lagi Politik terkini
PAS kata PRN masa sesuai PH, DAP putuskan terus nyawa UMNO
7 jam lalu · Politik
PH setuju tubuh kerajaan campuran UMNO-PH Melaka
17 jam lalu · Politik
Larangan terhadap MB Kedah: PH-BN bawa landskap politik lapuk
18 jam lalu · Politik
Ketua Pemuda UMNO pula sindir Exco Melaka isu kerajaan ‘tebuk atap’
18 jam lalu · Politik
AJK UMNO Bahagian Tangga Batu tak iktiraf Rais Yasin ketua baharu
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok