MP Pendang diarah keluar dewan kerana cuba mencelah perbahasan Rafizi

March 8, 2023 · Politik

Ahli Parlimen (MP) Pendang Datuk Awang Hashim dari Perikatan Nasional (PN) diarah keluar dan direhatkan daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama dua hari bermula hari ini.

MP PAS itu mahu bertanya kepada Rafizi Ramli yang juga Menteri Ekonomi berhubung beberapa isu melibatkan kepentingan rakyat khususnya kenaikan harga barang naik dan mahu mengetahui apakah formula yang dirancang oleh kerajaan.

Perkara itu diumumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul selepas Awang beberapa kali melakukan cubaan untuk mencelah sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 oleh Rafizi.

Rafizi bagaimanapun, tidak memberi laluan kepada Awang untuk mencelah sesi penggulungannya sehingga Johari terpaksa mengeluarkan arahan berkenaan.

“Saya rehatkan Pendang (Awang) untuk dua hari. Out now (Sila keluar sekarang),” kata Johari dipetik laporan Bernama.

Arahan Johari terhadap Awang menimbulkan suasana kecoh di blok kerajaan yang turut menggesa supaya Awang meninggalkan Dewan, namun beberapa Ahli Parlimen dari blok pembangkang antaranya Datuk Ahmad Marzuk Shaary (PN-Pengkalan Chepa) bangkit mempertahankan Awang.

Ahmad Marzuk bangkit mengemukakan Peraturan Mesyuarat kerana Rafizi menyebut ‘badut’ kepada Awang dan ia merupakan perkataan yang tidak layak diucapkan dalam Parlimen.

Rafizi mengakui menyebut ayat tersebut dan kemudiannya beliau diminta oleh Johari untuk menarik semula kenyataannya terhadap Awang.

“Saya tarik balik Pendang sebagai badut,” kata Rafizi, seterusnya Johari tetap mengarahkan Awang untuk keluar dari sidang Dewan Rakyat.

Arahan Johari masih menimbulkan ketidakpuasan hati dalam kalangan blok pembangkang termasuk Ahmad Marzuk yang berasakan keputusan Speaker adalah tidak adil dan sepatutnya diberikan amaran kepada Awang terlebih dahulu.

“Saya kata kalau menteri tidak bagi masa dan tempat, Pendang jangan bangkit sebab menteri tak bagi dia bangkit juga. Saya bagi berkali-kali saya berkata satu dua, dia bangkit lagi.

“Saya dilihat tidak boleh mengawal Dewan kerana rakyat nak dengar apa yang kita bincang. Sebab itu, Pendang hari ini dan esok (direhatkan). Sila bangun,” kata Johari.

Bagaimanapun, suasana persidangan berkenaan kembali kecoh kerana Awang enggan meninggalkan Dewan malah turut kedengaran beberapa Ahli Parlimen dari blok kerajaan menggesa supaya Awang keluar sehingga Johari terpaksa mengarahkan mereka berdiam.

“Diam semua. Pendang dengan segala hormatnya, I am asking you to (go) out (Saya minta kamu untuk keluar). Pendang keluar dua hari,” kata Johari yang kemudiannya meminta Rafizi meneruskan sesi penggulungannya.

Awang akhirnya akur dengan arahan itu dan keluar meninggalkan Dewan Rakyat.

Berita berkaitan
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Tiada subsidi RON95 pada 2024 tapi hanya secara bersasar sahaja: Rafizi
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Tiada laporan polis diterima berhubung rakaman tular perbualan lucah
November 17, 2023
Selepas Noh, Khairy juga dipecat dan Hishammuddin digantung keahlian
January 28, 2023
Lagi Politik terkini
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
19 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok