MP pembangkang tiada isu Azalina jadi Timbalan Speaker semula

September 15, 2021 · Politik

Beberapa Ahli Parlimen (MP) blok pembangkang tidak ada isu selepas Datuk Seri Azalina Othman Said yang diminta untuk menjadi Timbalan Speaker buat sementara waktu susulan tiada pengganti yang baharu dipilih.

Sidang Dewan Rakyat hari ini dikejutkan selepas Azalina diminta untuk menjadi Timbalan Speaker walaupun sebelum ini pihak kerajaan dikatakan akan menamakan MP Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan sebagai calon bagi jawatan tersebut namun sebaliknya ia tidak berlaku.

“Speaker, terima kasih banyak dan tahniah atas pelantikan semula,” kata MP Padang Serai (PKR) M Karupaiya.

Sementara itu, MP Pasir Gudang (PKR) Hassan Abdul Karim juga tidak melihat lantikan semula Azalina sebagai satu isu besar cuba meminta penjelasan berhubung prosedur tersebut sama ada ia mengikut peraturan atau sebaliknya.

“Tapi petang ini tiba-tiba mempengerusikan mesyuarat ini (Dewan Rakyat), saya tidak ada masalah YB Pengerang untuk mempengerusikan tapi hanya prosedur adakah ini betul?” kata MP PKR itu.

MP Kepong (DAP) Lim Lip Eng pula mengucapkan tahniah dan selamat kembali bertugas kepada Azalina.

“Selamat kembali bertugas,” kata Lip Eng di dewan hari ini.

Terdahulu, Azalina menjelaskan Speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun memintanya untuk mempengerusikan sidang dewan sesi petang hari ini mengikut bawah Peraturan Mesyuarat 7 (3).

“Saya telah diminta Speaker di bawah 7(3) diminta untuk pengerusikan mesyuarat bagi sementara waktu,” katanya di Dewan Rakyat.

Sepatutnya sidang Dewan Rakyat kali ini akan memilih pengganti Azalina, bagaimanapun ia ditangguhkan tanpa sebarang alasan diberikan.

Dua calon Timbalan Speaker yang tercalon sebelum ini adalah Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan sebagai wakil blok kerajaan dan Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming calon Pakatan Harapan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata penangguhan itu bagi membolehkan pindaan Perkara 57 (1)(b) Perlembagaan Persekutuan dibuat untuk menambah jumlah Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat daripada dua kepada tiga orang.

Dewan Rakyat sebelum ini mempunyai dua Timbalan Yang Dipertua iaitu Datuk Mohd Rashid Hasnon dan Azalina.

Jawatan itu kosong selepas Azalina meletak jawatan pada 23 Ogos lalu.

Berita berkaitan
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
PN tiada dana untuk mulakan langkah tukar kerajaan, kata Hadi
January 5, 2024· Politik
Projek HSR: Saman terhadap empat tokoh politik dibatalkan mahkamah
December 15, 2023· Isu semasa
Popular
DAP sahkan video tular lelaki kecam ‘parti serban’
August 11, 2023
Gesaan DAP supaya pilihan raya PBT diadakan di KL, pemimpin UMNO membisu
December 17, 2023
Nak bangun negara madani apa, lantik TPM ada kes mahkamah: Sanusi
January 24, 2023
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok