MP PAS sangkal Rafizi kononnya PN terima peruntukan 50 peratus

March 8, 2023 · Politik

Kenyataan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli mengatakan negeri di bawah pimpinan pembangkang menerima peruntukan perbelanjaan keseluruhan sebanyak 50 peratus adalah tidak tepat.

Ahli Parlimen Kubang Kerian (PAS), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata sebaliknya hanya 17 peratus peruntukan keseluruhan bagi projek pembangunan disalurkan kepada empat negeri ditadbir Perikatan Nasional (PN).

“(Berdasarkan) fakta dibangkitkan (ketika sesi penggulungan usul Belanjawan 2023) oleh Menteri Kewangan tadi jelas bahawa negeri yang dikuasai pembangkang tidak mendapat peruntukan seimbang.

“Sebagai contoh, dalam jawapan tadi, ada menyebut 443 projek dengan RM1.4586 bilion untuk Kedah, Kelantan ada 4,025 projek dengan RM1.545 bilion dan Perlis, 153 projek, dengan jumlah peruntukan RM560 juta.

“Kalau kita campur keseluruhan peratusan diumumkan tadi, Kedah hanya peroleh empat peratus peruntukan, Kelantan, tujuh peratus, Terengganu pula empat peratus dan Perlis hanya dua peratus. Jadi keseluruhannya hanya 17 peratus,” katanya dipetik laporan BH.

Turut semasa sidang media Parlimen tadi, Datuk Dr Radzi Jidin (PN-Putrajaya); Datuk Ahmad Marzuk Shaary (PN-Pengkalan Chepa); Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) dan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang).

Tambahnya, keseluruhan projek di empat negeri pembangkang amat sedikit berbanding yang diperoleh Sabah, iaitu 18 peratus dan Sarawak, sebanyak 15 peratus.

“Ini bukan soal dengki, ini soal fakta. Negeri pembangkang (didakwa) diberi kuota lebih 50 peratus.

“50 peratus ini kalau kita lihat, ia termasuk Sabah, Sarawak, ini bukan (negeri) pembangkang. Kedua-dua negeri ini menyokong kerajaan hari ini. Pembangkang hanya Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis. Jadi kami bangkitkan, jawapan menteri (Rafizi) tadi tidak begitu tepat,” katanya lagi.

Beliau yang juga Timbalan Presiden PAS turut meminta fakta berkenaan disemak semula kerana didakwa mengelirukan sidang Dewan Rakyat.

Rafizi ketika menggulung usul Belanjawan 2023 berkata, negeri pimpinan pembangkang menerima 50 peratus daripada peruntukan perbelanjaan infrastruktur.

Sementara itu, Ahmad Marzuk, berkata, blok pembangkang turut kesal kerana isu yang paling banyak dibangkitkan sebelum ini, berkaitan pembayaran royalti dan tunai hasil petroleum tidak dijawab.

“Sayangnya menteri sampai sudah tidak menjawab, tetapi gambarkan seolah kita yang tak faham, ini yang undang kemarahan di pihak kami. Rakyat perlu faham kenapa kita bangkitkan (perkara ini) dan marah sampai ada yang dihalau Dewan Rakyat hari ini kerana kata-katanya (Rafizi) itu yang mengundang kemarahan.

“Dalam masa sama banyak yang mengelirukan,” katanya.

Berita berkaitan
Kerajaan takut nak bincang lawatan PMX ke Arab Saudi, usul PN ditolak
19 jam lalu· Politik
Pembahagian kerusi PN dalam PRN berjalan dengan baik, sudah selesai: Sanusi
March 25, 2023· Politik
Tak ada dibuat kerajaan di dunia kawal harga makanan siap masak: Rafizi
March 21, 2023· Isu semasa
Adakah Top Glove diarah juga kongsi keuntungan bantu penoreh? soal Tuan Ibrahim kepada PMX
March 21, 2023· Isu semasa
Popular
DAP tegur pemimpin MCA bertindak seperti sekutu Perikatan Nasional
March 28, 2023
Takut jawab di Parlimen isu PMX ke Arab Saudi, buat kenyataan media
March 28, 2023
Saya mahu saman Anwar kerana dia sekarang PM, kata Dr Mahathir
March 28, 2023
Tak ada satu negara tak sambut saya, sindir Dr Mahathir kepada PMX
March 28, 2023
Lagi Politik terkini
Dulu tuduh lawatan Muhyiddin gagal, kunjungan Anwar pula?
13 minit lalu · Politik
DAP tegur pemimpin MCA bertindak seperti sekutu Perikatan Nasional
12 jam lalu · Politik
Takut jawab di Parlimen isu PMX ke Arab Saudi, buat kenyataan media
15 jam lalu · Politik
Saya mahu saman Anwar kerana dia sekarang PM, kata Dr Mahathir
21 jam lalu · Politik
Tak ada satu negara tak sambut saya, sindir Dr Mahathir kepada PMX
21 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Menteri, timbalan menteri cuai, jangan salahkan pegawai gagal jawab isu RMT
10 minit lalu
[VIDEO] Wakil rakyat ada hak, tak salah jatuhkan kerajaan ‘cakap banyak’, kata Mahathir
55 minit lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok