MP Klang kata saman PM sebab buat PRU-15 masa banjir

October 15, 2022 · Politik

Saman pemula difailkan bagi menghalang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) daripada diteruskan bukannya untuk mencabar keputusan Yang di-Pertuan Agong, kata penyandang Parlimen Klang, Charles Santiago.

Charles berkata beliau memfailkan saman terbabit kerana Perdana Menteri sementara, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen tanpa sokongan Kabinet.

“Saya dah jelaskan banyak kali. Memang menjadi pendirian saya untuk tidak mencabar keputusan Yang di-Pertuan Agong membubarkan Parlimen. Kami mencabar Ismail Sabri yang memohon pembubaran tanpa sokongan Kabinet.

“Sokongan UMNO sekitar 17 peratus saja. Parti politik lain secara terbuka membantah keputusan itu termasuk Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).

“Ada 80 menteri dan timbalan hanya 29 dari BN. Menteri Kesihatan sementara, Khairy Jamaluddin (BN)  juga tidak setuju diadakan pilihan raya umum pada 2022. Menteri Belia dan Sukan sementara, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu juga secara terbuka menyatakan Ismail tidak maklumkan kepada Kabinet untuk bubar,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini Charles memfailkan saman pemula terhadap Ismail Sabri, Kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) susulan pembubaran Parlimen ke-14 yang dibuat perdana menteri kelmarin.

Charles juga memohon perintah mahkamah untuk menghalang Pilihan Raya Umum Ke-15 daripada diadakan tahun ini pada musim hujan dan banjir walaupun Parlimen telah dibubarkan

Semalam, peguam kerajaan memfailkan permohonan bagi membatalkan saman pemula yang dikemukakan Charles.

Berita berkaitan
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di tiga negeri sedikit menurun setakat malam ini
November 27, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Kelantan meningkat, Terengganu turun dan Selangor kekal
November 27, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di PPS Kelantan dan Terengganu lebih 700 mangsa
November 25, 2023· Isu semasa
Popular
Kuat kecam Zahid, UMNO akhirnya pecat Isham Jalil: Laporan
December 7, 2023
Kalah PRK Kemaman, Isham kata cukup-cukuplah UMNO jadi penjilat DAP
December 5, 2023
Tiada laporan polis diterima berhubung rakaman tular perbualan lucah
November 17, 2023
Seperti Zahid, Anwar juga dalam penafian selepas kekalahan PRK Kemaman
December 5, 2023
Lagi Politik terkini
Kuat kecam Zahid, UMNO akhirnya pecat Isham Jalil: Laporan
1 jam lalu · Politik
Kalah PRK Kemaman, Isham kata cukup-cukuplah UMNO jadi penjilat DAP
December 5, 2023 · Politik
Lebih baik Kit Siang minta UMNO tukar Zahid, bidas Takiyuddin
December 5, 2023 · Politik
Seperti Zahid, Anwar juga dalam penafian selepas kekalahan PRK Kemaman
December 5, 2023 · Politik
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
December 4, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Kedah, Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
17 jam lalu
[VIDEO] Kit Siang patut nasihat UMNO tukar presiden, PAS elok dah
December 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok