MP DAP gesa tarik gelaran ‘Tun’ diberi kepada Dr Mahathir

June 6, 2023 · Politik

Gelaran tertinggi negara “Tun” kepada bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad perlu ditarik balik, gesa Ahli Parlimen (MP) DAP, RSN Rayer.

MP Jelutong itu membuat gesaan tersebut susulan spekulasi Dr Mahathir sedia menjalinkan kerjasama dengan Bersatu semula dan mendakwa terdapat usaha untuk mengganggu pentadbiran kerajaan campuran diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kedua-dua mereka ini ingin menghancurkan negara kita dan tidak mahu membenarkan YAB Tambun (Anwar) untuk melaksanakan tugas untuk menjaga kebajikan rakyat,” Rayer memberitahu Dewan Rakyat hari ini.

Rayer meminta agar gelaran tersebut yang diberikan kepada Dr Mahathir ditarik kerana tindakannya menyerang pihak istana.

“Saya minta… supaya polis tidak berkompromi dan mengambil tindakan terhadap Mahathir kalau beliau masih meneruskan serangan terhadap kerabat diraja.

“Saya juga minta kerajaan pertimbangkan supaya gelaran Tun beliau ditarik balik kalau beliau masih lagi meneruskan serangan-serangan ini. Kita lihat beliau telah membuat Proklamasi (Melayu) dan mungkin akan bekerjasama dengan YB Pagoh (Tan Sri Muhyiddin Yassin) yang telah mengkhianati beliau,” tambahnya lagi.

Sebelum itu, Rayer, dalam ucapannya menzahirkan ucapan terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong kerana mengurniakan gelaran “Tan Sri” kepada pemimpin veteran partinya Lim Kit Siang.

Beliau turut mengalu-alukan komitmen Perdana Menteri (PMX) untuk mempertahankan kerabat diraja daripada sebarang bentuk penghinaan.

Jumaat lalu, peguam Mahathir, Rafique Rashid memberitahu bahawa polis dari Bukit Aman mengambil keterangan Dr Mahathir itu dipercayai untuk membantu siasatan berkenaan Proklamasi Orang Melayu.

Rafique berkata, perkara ini menimbulkan tanda tanya apabila Mahathir dipercayai disiasat mengikut Seksyen 124B Kanun Keseksaan kerana menjalankan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.

Sebelum ini, Mahathir menegaskan bahawa Proklamasi Orang Melayu adalah untuk memperjuangkan dan mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi kaum majoriti itu.

Malah, ia turut mendapat sambutan beberapa pemimpin dan wakil rakyat daripada Perikatan Nasional (PN), termasuk Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Sementara itu, Pengerusi PN dan Presiden Bersatu, Muhyiddin berkata bersedia untuk bekerjasama dengan Dr Mahathir.

“Saya menyambut kenyataan Mahathir yang bersedia bekerjasama dengan beliau demi matlamat untuk memperjuangkan nasib orang Melayu dan Islam,” katanya.

“Sebagai seorang Muslim, saya secara peribadi bersedia untuk bekerjasama dengan semua tokoh Melayu dan Islam termasuk Mahathir demi perjuangan membela agama, bangsa dan negara.”

Berita berkaitan
Saya pun tak berani hurai al-Quran tapi dia berani, Sanusi bidas MP DAP bukan Islam
September 23, 2023· Politik
Petik ayat al-Quran gesa sokong kerajaan, MP DAP bukan Islam disiasat
September 22, 2023· Politik
Takkan kalah sampai nak sekat peruntukan kepada rakyat, kata MB Terengganu
September 20, 2023· Politik
Peruntukan ditarik balik selepas Syed Saddiq jadi pembangkang
September 19, 2023· Politik
Popular
Isteri saya bukan kerabat, Radzi nafi terlibat dalam projek cetak buku
September 23, 2023
Ini semua luar tabii, kata MP Alor Setar sindir Setiausaha Politik PMX
September 22, 2023
PRK Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru
September 23, 2023
Dulu dihantui DNA Saiful, kini PMX dihantui DNAA Zahid: Hishammuddin Rais
September 22, 2023
Lagi Politik terkini
PRK Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru
September 23, 2023 · Politik
Isteri saya bukan kerabat, Radzi nafi terlibat dalam projek cetak buku
September 23, 2023 · Politik
MP Tanah Merah dakwa jurugambar PMX sengaja tular gambar fitnah, lapor polis
September 22, 2023 · Politik
Ini semua luar tabii, kata MP Alor Setar sindir Setiausaha Politik PMX
September 22, 2023 · Politik
Dulu dihantui DNA Saiful, kini PMX dihantui DNAA Zahid: Hishammuddin Rais
September 22, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tok Guru Hadi di Simpang Pelangai
20 jam lalu
[VIDEO] Dah bohong sini, dia bohong di New York
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok