MP DAP gesa SPRM teruskan beku akaun Bersatu, sama seperti UMNO dulu

February 4, 2023 · Politik

Seorang Ahli Parlimen (MP) DAP, Chong Zemim menggesa supaya akaun parti Bersatu yang dibekukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diteruskan dalam siasatan yang sedang dijalankan ketika ini.

MP Kampar, Chong berkata SPRM perlu meneruskan tindakan terhadap Bersatu sama seperti yang pernah dilakukan sebelum ini dibawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang bertindak membekukan akaun UMNO dalam siasatan yang pernah dijalankan.

“Prosedur operasi standard SPRM adalah untuk membekukan akaun bank semasa siasatan berhubung dakwaan korupsi.

“Ketika UMNO disiasat semasa skandal 1MDB (1Malaysia Development Berhad), akaun bank parti itu juga dibekukan. Mengapa Bersatu, yang kini sedang disiasat, meminta keistimewaan agar pembekuan akaun mereka dibatalkan?” kata Chong, yang juga setiausaha publisiti DAP Perak dalam kenyataan hari ini.

Chong berkata tindakan membekukan akaun ketika siasatan adalah untuk memastikan wang di dalamnya tidak digunakan atau dipindahkan ke mana-mana pihak lain jika siasatan mengesahkan ia diperolehi secara salah.

Mengulas lanjut, dia berkata bilangan bendera, poster dan papan iklan Perikatan Nasional (PN) di seluruh negara semasa kempen pilihan raya lalu adalah “luar biasa”, dan jauh melebihi bahan kempen PH dan BN.

“Di manakah PN menerima jumlah wang yang begitu besar untuk digunakan dalam kempen pilihan raya?

“Mengikut Perkara 19(1)(a) Akta Pilihan Raya 1954, perbelanjaan calon bagi setiap kerusi parlimen tidak boleh melebihi RM200,000, dan bagi kerusi DUN, ambangnya ialah RM100,000.

“Saya menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya untuk turut menyiasat sama ada perbelanjaan calon PN dalam pilihan raya umum telah melebihi had undang-undang,” katanya lagi.

Bagaimanapun, pemimpin DAP itu juga terlupa PH juga sebelum ini berbelanja besar dalam kempen PRU-15 sebelum ini, sehingga timbul persoalan berhubung penggunaan helikopter oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Terdahulu, mantan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri (KSUS) Kelapan, Datuk Dr. Marzuki Mohamad berkata PKR dan DAP juga perlu tampil mendedahkan penyata akaun parti masing-masing jika mahu bercakap soal ketelusan dan integriti.

“Saya menyambut baik respon YAB Perdana Menteri yang bersetuju dengan saranan saya supaya PKR dan DAP mendedahkan kepada umum penyata akaun parti masing-masing seperti yang dilaporkan oleh akhbar Sinar Harian.

“Perlu didedahkan juga ialah akaun amanah (trustee account) kedua-dua parti ini jika ada.. Selain itu, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) juga wajar menyiasat dari mana PKR dan DAP mendapat sumber dana untuk membiayai PRU-15. Jika diperhatikan kedua-dua parti ini berbelanja besar,” katanya dalam satu hantaran Facebook.

Marzuki berkata jika dibandingkan dengan PH dan Perikatan Nasional (PN), bahan kempen parti diketuai Anwar lebih banyak bahan ceramah yang digunakan mereka, ia termasuk helikopter.

“Lihat sahaja jumlah bendera, poster, pentas ceramah, lori bergerak, sistem audio, iklan, billboard besar dan kecil, kempen di media sosial dan lain-lain.

“Ini tidak termasuk bayaran sewa jet dan helikopter untuk kegunaan Datuk Seri Anwar sendiri ketika berkempen. Juga kos-kos lain yang melibatkan kerja-kerja jentera parti,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Adakah Najib akan dibebaskan esok semasa pentadbiran kerajaan campuran?
14 jam lalu· Politik
Lokasi majlis buka puasa di MAEPS bersama MB Kedah dibatalkan pula, arahan siapa?
March 29, 2023· Politik
Ketua Menteri Melaka letak jawatan, Zahid sahkan bakal umum nama baharu
March 29, 2023· Politik
Zakir Naik akan kembali ke Malaysia, bagaimana pendirian DAP?
March 28, 2023· Isu semasa
Popular
Adakah Najib akan dibebaskan esok semasa pentadbiran kerajaan campuran?
March 30, 2023
PAS kata PRN masa sesuai PH, DAP putuskan terus nyawa UMNO
March 31, 2023
Ketua Pemuda UMNO pula sindir Exco Melaka isu kerajaan ‘tebuk atap’
March 30, 2023
AJK UMNO Bahagian Tangga Batu tak iktiraf Rais Yasin ketua baharu
March 30, 2023
Lagi Politik terkini
PAS kata PRN masa sesuai PH, DAP putuskan terus nyawa UMNO
5 jam lalu · Politik
PH setuju tubuh kerajaan campuran UMNO-PH Melaka
16 jam lalu · Politik
Larangan terhadap MB Kedah: PH-BN bawa landskap politik lapuk
16 jam lalu · Politik
Ketua Pemuda UMNO pula sindir Exco Melaka isu kerajaan ‘tebuk atap’
17 jam lalu · Politik
AJK UMNO Bahagian Tangga Batu tak iktiraf Rais Yasin ketua baharu
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok