MP DAP bidas konvoi pengiring didakwa bawa Najib jadi punca kesesakan

July 10, 2022 · Politik

Susulan tular video konvoi pengiring yang didakwa membawa Datuk Seri Najib Razak, seorang Ahli Parlimen (MP) DAP Steven Sim tidak berpuas hati dengan keistimewaan yang masih diberikan kepada bekas Perdana Menteri (PM) walaupun sudah disabit hukuman jenayah.

MP Bukit Mertajam itu membidas Najib sepatutnya tidak layak diberikan keistimewaan tersebut kerana sudah didapati bersalah oleh mahkamah, ia selepas tular video pengiring memotong laluan untuk memberi jalan sebuah kenderaan MPV dikaitkan dengan beliau.

MPV jenis Toyota Vellfire berwarna putih dengan nombor pendaftaran VBG 11 itu pernah dilihat digunakan Najib sebelum ini semasa programnya.

Tidak jelas sama ada MP Pekan itu berada di dalam kenderaan pada masa itu, atau pun lokasi video itu diambil.

Mengulas video itu, Sim berkata bekas pemegang jawatan yang telah disabitkan dengan jenayah sepatutnya tidak diberi perkhidmatan pengiring polis.

“Kerja polis tangkap perompak, jangan peralat polis iringi perompak. Jaga maruah polis kita,” katanya menurut

laporan Malaysiakini yang dipetik daripada ciapan Twitter.

Untuk rekod, Najib semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor juga diberikan keistimewaan khidmat polis pengiring dalam program dihadirinya.

Najib sudah disabitkan bersalah di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan atas pecah amanah dan pengubahan wang haram RM42 juta berhubung SRC International.

Malah, Najib juga sedang dibicarakan berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sebelum ini, Ketua  Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani pada tahun lepas memberitahu khidmat polis kepada Najib akan dikekalkan sehingga proses rayuan tamat.

Berita berkaitan
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Popular
Kes Covid-19 tinggi tapi blok pembangkang masih desak buka Parlimen
May 27, 2021
Anak Bung Moktar dilantik bendahari Pemuda UMNO
March 24, 2023
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok