MP Baling nafi sebar audio rakaman fitnah Anwar, beri penjelasan

November 30, 2022 · Politik

Dakwaan kononnya menjadi dalang dalam memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pelantikannya sebagai Perdana Menteri (PM) adalah tidak benar, kata Hassan Saad.

Ahli Parlimen (MP) Baling itu menjelaskan tidak mengenali wanita dalam rakaman audio yang didakwa membuat fitnah terhadap Anwar kononnya wujud pengaruh Israel sehingga disaman oleh Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu.

“Saya tidak tahu siapa yang melakukan (audio) itu, saya juga tidak tahu siapa wanita dalam rakaman tersebut walaupun dia ada sebut nama saya.

“Dalam ceramah kempen PRU-15 (Pilihan Raya Umum Ke-15) pun saya tak pernah sebut seperti didakwa wanita terbabit,” katanya ketika dihubungi di sini pada Selasa.

Pada Isnin, tular rakaman audio berdurasi 58 saat yang mana seorang wanita bercakap dalam dialek utara, mengulas mengenai pelantikan Anwar sebagai PM yang didakwa dipengaruhi Israel.

Terdahulu, Anwar menghantar notis tempoh tiga hari kepada Hassan memintanya membuat permohonan maaf tanpa syarat berhubung hantaran audio di Twitter yang mendakwa kononnya beliau mempunyai hubungan dengan Israel.

Menerusi notis tuntutan yang dikeluarkan hari ini oleh firma guaman SN Nair and Partners kepada MP Perikatan Nasional itu, Anwar juga memohon penarikan balik dakwaan hantaran berunsur fitnah bertarikh dua hari lalu.

Menurut salinan surat itu Anwar mendakwa dia difitnah dalam audio yang dimuat naik oleh pemegang akaun Twitter bernama ‘Mohd Ropi Mat Sin’.

Presiden PKR itu juga berkata audio itu turut dipetik oleh pengguna akaun Twitter bernama ‘Pemikir Malaysia’ yang mendapat tontonan melebihi 431,500 kali, reaksi ‘like’ melebihi 4,800 kali perkongsian melebihi 3,300 kali dan petikan tweet melebihi 1,400 kali setakat ini.

Berita berkaitan
China sokong konsep Asian Monetary Fund dibawa Malaysia: PMX
September 17, 2023· Isu semasa
Kerajaan Anwar dikecam selepas Zahid bebas, Ambiga kata pembaziran kerja pendakwa raya
September 4, 2023· Politik
Perbicaraan kes saman taikun terhadap Sanusi ditetapkan 25 Oktober
August 25, 2023· Politik
Saman 1MDB: Permohonan Irwan dan Arul Kanda ditolak mahkamah
August 23, 2023· Isu semasa
Popular
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023
Seorang pemimpin Melayu DAP kata tak salah Howard Lee petik ayat al-Quran
September 25, 2023
Lagi Politik terkini
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
8 jam lalu · Politik
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
8 jam lalu · Politik
SPR tetapkan PRK DUN Jepak pada 4 November
8 jam lalu · Politik
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
16 jam lalu · Politik
Polis ambil keterangan MP DAP tafsir al-Quran pada Selasa
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
7 jam lalu
[VIDEO] Untuk menang PRK Pelangai, jentera PN bersemangat bila pemimpin ada keyakinan
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok