MOU dengan pembangkang, PM sebenarnya bimbang ancaman kleptokrat

September 26, 2021 · Politik

Langkah pantas yang diambil Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam memerterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan blok pembangkang kerana bimbang dengan ancaman kleptokrat yang boleh menggugat kerajaan sekali lagi.

Ismail Sabri tidak membuang masa apabila terus memanggil pimpinan blok pembangkang bagi mendapatkan sokongan kepada kerajaan diterajuinya selepas menyedari taktik sama akan digunakan kumpulan kluster mahkamah untuk menjatuhkan kerajaan pimpinannya.

Sumber dalaman parti memberitahu Agenda Daily, Ismail Sabri mengetahui perancangan yang diatur oleh kumpulan 15 Ahli Parlimen UMNO sebelum ini sehingga mengakibatkan jatuhnya kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Mengambil iktibar daripada peristiwa sebelum ini selepas 15 MP UMNO yang diketuai Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menarik sokongan terhadap Muhyiddin, Naib Presiden UMNO itu terpaksa menggunakan langkah sama yang ditawarkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini kepada pembangkang.

“MOU yang dimerterai adalah idea yang diciplak daripada cadangan Muhyiddin sebelum ini, Ismail Sabri sedar kedudukannya tidak selamat jika masih bergantung kepada sokongan majoriti yang dimilikinya.

“Ismail Sabri lebih bimbang dengan tindakan Zahid dan kumpulan MP yang bersama dalam kem Presiden UMNO itu berbanding dengan tentangan daripada Bersatu,” kata sumber parti itu.

Sumber menjelaskan, berbanding dengan ancaman dari MP Bersatu, Ismail Sabri sebenarnya lebih takut dengan tindakan kumpulan kluster mahkamah dalam UMNO kerana ia sudah terbukti mereka sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan peribadi berbanding mengutamakan parti.

“Bersatu bukan ancaman kepada Ismail Sabri, paling dirisaukannya adalah kluster mahkamah dalam UMNO yang sanggup melakukan apa sahaja demi melepaskan diri masing-masing.

“MP Bersatu tidak terdesak sebagaimana MP UMNO yang sedang berdepan pendakwaan di mahkamah ketika ini, jadi Ismail Sabri tidak terlalu perlu takut dengan MP Bersatu cuma hanya mengikut syarat yang diletakkan kepadanya sebelum ini,” kata sumber itu lagi.

Berhubung syarat yang diletak Bersatu kepada Ismail Sabri, ia bukan suatu yang sukar untuk dipatuhinya kerana tidak melibatkan isu undang-undang yang boleh memberikan imej buruk kepada kerajaan sebaliknya Bersatu hanya meminta supaya menjaga integriti dan kerajaan perlu bersih daripada dikaitkan dengan kluster mahkamah.

“Syarat Bersatu tidak sukar seperti yang dituntut oleh kluster mahkamah, Ismail Sabri hanya jangan campur tangan dalam kes mahkamah sahaja.

“Selain itu, Ismail Sabri juga perlu mengelak daripada terjerumus dengan perangkap kleptokrat yang mungkin akan mendesaknya untuk menuruti telunjuk mereka,” kata sumber.

Dalam pada itu, sumber juga memberitahu perbincangan berhubung MOU dengan pembangkang tidak melibatkan kumpulan kleptokrat, malah ia tidak dibawa ke meja rundingan dalam Majlis Tertinggi (MT) UMNO sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan Ahli-ahli MT ketika ini.

“Rundingan MOU tersebut tidak dibawa ke meja perbincangan dalam Mesyuarat MT, sudah ada Ahli-ahli MT yang mula bising dan mempersoalkan tindakan Ismail Sabri.

“Tidak kurang juga ada sudah kedengaran rasa tidak puas hati dikalangan pemimpin dan akar umbi UMNO berhubung tindakan bekerjasama dengan pembangkang itu,” katanya lagi.

Blok pembangkang, Pakatan Harapan dan kerajaan menandatangani MoU Transformasi dan Kestabilan Politik yang berlangsung di Parlimen pada 13 September lalu.

MoU berkenaan yang membentuk satu kerjasama ‘dwipartisan’ dengan menjulang semangat Keluarga Malaysia, mempunyai enam agenda merangkumi pemerkasaan pelan Covid-19, transformasi pentadbiran, pembaharuan Parlimen, kebebasan institusi kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan pembentukan jawatankuasa pemandu.

Untuk rekod, tawaran kerjasama tersebut sebelum ini pernah dibuat oleh Muhyiddin sebelum meletak jawatan tetapi ditolak mentah-mentah pembangkang.

Hanya dengan kerajaan baharu diterajui UMNO sahaja Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tunduk dan menerima tawaran MoU tersebut, begitu takut beliau kepada UMNO sehingga mengadaikan prinsip perjuangannya sebelum ini.

Bagaimanapun, MOU tersebut tidak ditandatangani parti pembangkang yang berada di blok Tun Dr Mahathir Mohamad, iaitu Pejuang, Warisan dan Muda.

Berita berkaitan
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Popular
PMX ulang gesaan supaya Dr M, Daim bawa balik kekayaan
May 7, 2023
PRU-15: Senarai calon UMNO menang Parlimen
November 21, 2022
Zahid tiada ciri ketua kerajaan untuk jadi Perdana Menteri
April 13, 2021
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok