MOU bersama PH Sabah, GRS belum ada keputusan

October 24, 2021 · Politik

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan mengadakan perbincangan bersama presiden dan pengerusi parti-parti komponen dalam gabungan itu berhubung cadangan Pakatan Harapan (PH) Sabah untuk menandatangani memorandum persefahaman (MOU) dengan mereka.

Pengerusi GRS Datuk Hajiji Noor berkata, cadangan PH Sabah itu akan diteliti terlebih dahulu dan beliau belum boleh membuat sebarang kenyataan lanjut sebelum mengadakan perbincangan bersama semua presiden dan pengerusi parti komponen GRS, lapor Bernama.

GRS terdiri daripada gabungan Perikatan Nasional (Bersatu, STAR, SAPP, PAS dan Gerakan), Barisan Nasional (UMNO, MCA, MIC, PBRS) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).

Hajiji yang juga Ketua Menteri Sabah berkata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng ada bertemu dengan beliau baru-baru ini dan telah bangkitkan berhubung cadangan berkenaan.

“Tetapi, dalam perkara ini saya belum boleh membuat sebarang ulasan (lanjut) sehingga saya duduk berbincang dengan rakan-rakan parti dalam GRS. Kita akan meneliti cadangan ini dan kemudian akan buat satu kenyataan,” katanya.

Hajiji berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai rancangan pemimpin PH Sabah untuk menandatangani MOU dengan kerajaan GRS, seperti perjanjian PH dengan Putrajaya pada September.

Terdahulu, Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata MOU itu bertujuan menjalin kerjasama bipartisan demi mencapai kestabilan politik di Sabah.

PH Sabah difahamkan mengadakan mesyuarat berhubung pemeteraian MOU itu malam tadi, sama ada akan meneruskan rancangan berkenaan dalam keadaan semasa atau pun sebaliknya.

Berita berkaitan
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
PRN Sabah mungkin diawalkan, kata Hajiji
November 13, 2023· Politik
Harga ayam naik, Menteri kata masih belum ada laporan selepas pengapungan
November 6, 2023· Isu semasa
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok