‘Mood terhadap PN naik, terus kerja keras capai kemenangan berganda’

November 5, 2022 · Politik

Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin Perikatan Nasional (PN) dapat menubuhkan Kerajaan Persekutuan setelah rakyat mulai menyedari bahawa parti gabungan pimpinannya memang ikhlas melindungi dan membantu mereka.

Sehubungan itu, beliau meminta calon PN dan jentera pilihan raya parti terus bekerja keras untuk memastikan kemenangan berganda, kerana rakyat masih memerlukan bantuan dan perlindungan kerajaan prihatin, bersih dan stabil.

“Tekad untuk bekerja demi manfaat rakyat ini juga yang saya pegang ketika berusaha sedaya upaya untuk memastikan setiap rakyat terselamat ketika wabak Covid-19 melanda.

“Kita lakukan apa sahaja yang boleh pada ketika itu untuk melindungi nyawa rakyat dan memastikan setiap orang mempunyai makanan di atas meja.

“Perjuangan membantu rakyat ini masih belum selesai. Ramai yang masih memerlukan bantuan kita di luar sana. Insya-Allah, perjuangan murni ini akan kita sambung setelah Perikatan Nasional beroleh kemenangan dan membentuk kerajaan,” katanya sempena kempen rasmi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang bermula hari ini.

“Kepada semua jentera Perikatan Nasional, bekerja keraslah untuk memastikan kemenangan Perikatan Nasional. Saya dapat rasakan mood rakyat pada masa ini amat positif kepada kita, insya-Allah.

“Berkempenlah dengan cara yang berhemah, patuhi undang-undang pilihan raya dan elakkan sebarang provokasi yang boleh mengganggu ketentetaman awam.”

Pengerusi PN itu memetik hadis riwayat Ibnu Hibban yang bermaksud “Sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi orang lain.”

“Pesanan Rasulullah SAW seperti yang terkandung di dalam hadis di atas saya tujukan kepada semua calon Perikatan Nasional sempena kempen rasmi yang bermula hari ini.

“Sebagai calon pilihan raya, anda sedang memikul amanah yang berat. Ini kerana apabila anda terpilih sebagai wakil rakyat, anda akan mengabdikan diri kepada rakyat dan negara,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Tak cukup kerusi, PH dan DAP akan bentuk kerajaan negeri Pahang dengan BN
1 jam lalu· Politik
Setpol Ismail Sabri dikaitkan dalam rakaman audio jatuhkan Najib buat laporan polis
November 25, 2022· Politik
Terima kasih atas tawaran tapi PN ada maruah sedia jadi pembangkang: Muhyiddin
November 25, 2022· Politik
Apa berlaku dalam mesyuarat MT, dua ahli beri gambaran UMNO khianat Melayu
November 25, 2022· Politik
Popular
Setelah bekerjasama peringkat Pusat, PH minta lagi kerusi JTPD di Johor
November 26, 2022
Si Kitol, Raja Mendeliar sembunyi di Menara Dato Onn, Jebat tak datang
November 26, 2022
Jumpa PAS pengkhianat, jumpa PH hero… semua dah gila: Ismail Sabri
November 26, 2022
Muhyiddin sebak sokongan rakyat, api perjuangan masih menyala
November 26, 2022
Lagi Politik terkini
Strategi dahulukan bajet mini 2023: Anwar takut bawa usul keabsahan
2 jam lalu · Politik
Jumpa PAS pengkhianat, jumpa PH hero… semua dah gila: Ismail Sabri
3 jam lalu · Politik
Setelah bekerjasama peringkat Pusat, PH minta lagi kerusi JTPD di Johor
5 jam lalu · Politik
Si Kitol, Raja Mendeliar sembunyi di Menara Dato Onn, Jebat tak datang
6 jam lalu · Politik
Muhyiddin sebak sokongan rakyat, api perjuangan masih menyala
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
21 jam lalu
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok