Mohamad ramal UMNO menang mudah di 42 kerusi yang bakal ditandingi

January 24, 2022 · Politik

UMNO menyasarkan untuk bertanding sekurang-kurangnya 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, kata Timbalan Presidennya Datuk Seri Mohamad Hasan.

“Minimum UMNO sahaja, 42 kerusi daripada 56,” katanya menurut laporan Bernama semasa ditemui di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Mengenai kerjasama UMNO dalam Muafakat Nasional (MN) bagi menghadapi PRN itu, beliau berkata perkara itu akan diputuskan dalam Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi UMNO.

Bagaimanapun, katanya UMNO Johor lebih cenderung untuk parti itu bergerak sendiri bersama Barisan Nasional (BN).

“Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor dan Pengerusi BN negeri lebih cenderung untuk berseorangan, jadi kita akan bincang di peringkat jawatankuasa pusat dan akan diputuskan di Mesyuarat Khas MT,” katanya.

Pada 22 Jan, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran DUN Johor untuk memberi laluan kepada PRN.

Semalam, dilaporkan BN Johor bercadang bertanding tanpa kerjasama parti lain di luar gabungan itu kerana yakin menang dua pertiga daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan pada PRN itu nanti.

Ditanya sama ada kes mahkamah melibatkan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan menjejaskan peluang parti itu untuk memenangi PRN Johor, Mohamad berkata beliau yakin ia tidak akan menjadi faktor utama kepada keputusan para pengundi.

“Kami mengharapkan yang terbaik, apa yang kami lakukan adalah demi kebaikan parti dan negara,” katanya.

Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan Ahmad Zahid membela diri atas 47 pertuduhan pecah amanah (CBT), rasuah, pengubahan wang haram melibatkan dana Yayasan Akalbudi (YAB).

Mengenai pelaksanaan Undi18, Mohamad berkata parti itu perlu bekerja keras untuk mendapatkan sokongan pada PRN itu.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
10 jam lalu· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Bayangkan penyokong tegar DAP akan undi UMNO, kata Wan Saiful
March 1, 2023
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok