MN sudah sampai ‘surah terakhir’, kata Tok Mat Hasan

May 11, 2022 · Politik

UMNO akan memuktamadkan kedudukan dan status kerjasama dengan PAS di dalam Muafakat Nasional (MN) setelah meneliti semua pandangan pimpinan parti di pelbagai peringkat, kata Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan.

Menurutnya ketika ini, pelbagai kenyataan berhubung status UMNO dalam MN yang dizahirkan pemimpin tertentu, disifatkannya sebagai hanya pandangan individu.

“Kita dah sampai surah terakhir… nak khatam atau tidak, tak tahulah. Jadi kita akan buat keputusan di peringkat parti. Nasihat saya adalah biar parti buat keputusan. Keputusan untuk ‘khatam’ akan dibincangkan dalam mesyuarat biro politik dan mesyurat Majlis Tertinggi UMNO.

“Biar parti yang buat keputusan. Kepimpinan macam Presiden (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) sudah beri pandangan dan kita akan bincang dalam mesyuarat Biro Politik, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) untuk dapatkan pandangan dan nasihat apa yang dikatakan presiden parti itu.

“Kita akan buat keputusan di peringkat parti (jadi) saya harap mana-mana individu dari UMNO, tunggulah. Biarlah parti buat keputusan, usah kelam kabut sangat,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Wacana Aspirasi UMNO bertajuk ‘Menggalas Perjuangan, Mendepani Cabaran’ di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) hari ini sempena sambutan penubuhan UMNO ke-76.

Kedua-dua parti itu mengisytiharkan pembentukan gabungan MN yang membawa agenda penyatuan ummah bagi mensejahterakan Malaysia yang majmuk pada 14 September 2019, setelah kedua-duanya kalah Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 2018.

Sebelum ini, Zahid dilaporkan berkata UMNO perlu melupakan kerjasama dengan PAS melalui MN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), selain memberi bayangan mustahil kerjasama itu diteruskan jika PAS terus memperlihat sikap ‘talam dua muka’.

UMNO tidak mahu sahabat yang tidak mempunyai pendirian tetap dalam setiap tindakan dan keputusan yang dilakukan.

“Kita tidak mengambil kira bahawa soal kononnya politik matang sebagai organisasi apatah lagi pertubuhan politik yang siang cakap lain dan malam berubah bercakap lain pula apatah lagi esoknya.

“Kita mahu rakan yang setia dan kesetiaan itu bukan hanya kata-kata tetapi dari segi tindakan dan juga keputusan yang dilakukan.

“Kita juga tidak mahu sindir menyindir dilakukan, maka kita sudah kenal mana yang mutu dan mana yang manikam… sekilas ikan di air kita sudah kenal jantan betinanya,” kata Zahid.

Bagaimanapun, hari ini Mursyidul Am PAS Datuk Hashim Jasin mengakui parti itu belum bersedia memutuskan hubungan dengan UMNO yang dijalin menerusi persepakatan dalam MN yang dibentuk pada 2019.

PAS juga mengingatkan UMNO supaya menghormati piagam MN yang telah disepakati serta tidak terburu-buru untuk memutuskan hubungan berkenaan.

Menurut Hashim salah satu fasal dalam piagam tersebut adalah jika berlaku sebarang perselisihan atau salah faham antara kedua-kedua parti itu, kembalilah merujuk kepada al-Quran bagi menyelesaikan sebarang masalah berbangkit.

Berita berkaitan
Dikritik tolak usul skandal LCS, Speaker jawab kepada Syed Saddiq sebab ditolak
1 jam lalu· Politik
Zahid kata tak perlu, Pemuda UMNO tetap pertahan pendirian mahu DAP minta maaf
2 jam lalu· Politik
Anak harap usaha bebaskan Najib tidak dilupakan
2 jam lalu· Politik
Siasatan ke atas Sanusi episod hitam dalam negara, kata PAS
5 jam lalu· Politik
Popular
PAU bukan lagi bincang hal orang Melayu, tapi pujuk ahli sokong DAP
June 8, 2023
UMNO bukan lagi dominan boleh bertanding semua kerusi: Noraini
June 8, 2023
Pemuda UMNO menangis selepas beri Najib Anugerah Tokoh Pemuda
June 8, 2023
Zahid ucap selamat maju jaya untuk ‘warlord’ UMNO mahu sertai PN
June 8, 2023
Lagi Politik terkini
Pemuda UMNO tuntut DAP mohon maaf, Zahid kata tak perlu
5 jam lalu · Politik
Zahid ucap selamat maju jaya untuk ‘warlord’ UMNO mahu sertai PN
6 jam lalu · Politik
Pemuda UMNO menangis selepas beri Najib Anugerah Tokoh Pemuda
7 jam lalu · Politik
Kenapa DAP minta maaf kepada GPS boleh, tapi UMNO tak boleh? soal Akmal
8 jam lalu · Politik
UMNO bukan lagi dominan boleh bertanding semua kerusi: Noraini
9 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
5 jam lalu
[VIDEO] Gelombang sudah ada, PN tetap usaha menang PRN enam negeri
22 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok