MN Plus berkubur: Mahdzir

July 31, 2022 · Politik

Cadangan untuk mewujudkan Muafakat Nasional (MN) Plus (MN Plus) melibatkan gabungan UMNO, Bersatu dan PAS telah terhenti apabila Perikatan Nasional (PN) ditubuhkan, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata ketika itu sememangnya ada cadangan diwujudkan MN Plus dan Bersatu, tetapi selepas PN didaftarkan, ia sudah berakhir, menurut Bernama.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden Bersatu semalam bahawa gabungan tiga parti Melayu terbesar – Bersatu, PAS dan UMNO – dilihat mampu memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) dengan selesa sekiranya MN Plus menjadi realiti.

“Mengenai MN (Plus) itu adalah pendapat peribadi beliau (Muhyiddin), namun perkara itu sudah berakhir dan sudah lebih setahun berlalu.

“Pandangan peribadi saya setakat ini, BN dalam perkiraan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) (bertanding) atas sifat solo. Bagaimanapun terpulang kepada keputusan parti,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) di Dewan Kejora, di Kota Tinggi, hari ini (31 Julai 2022).

Sementara itu, Mahdzir yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar berkata keputusan Dewan Rakyat meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi mewujudkan peruntukan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti baru-baru ini dan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) tahun lepas, adalah kejayaan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata Ahli Dewan Rakyat dilihat memberikan sokongan kepada Perdana Menteri tanpa mengira parti politik.

“Beliau ada dua kejayaan, pertamanya pindaan Perlembagaan Persekutuan MA63 yang mendapat dua pertiga sokongan, ini pun pembangkang bagi sokongan… lebih 148 orang (menyokong).

“Sekali lagi, Perdana Menteri dapat (sokongan) 209 Ahli Parlimen iaitu lebih dua pertiga majoriti (rang undang-undang berkaitan lompat parti), ini merupakan satu kejayaan beliau,” katanya.

Berita berkaitan
Ahli UMNO di Pelangai keluar parti sertai PAS, dakwa disisih
11 jam lalu· Politik
UMNO sekat pertandingan jawatan Presiden, pecat calon mahu cabar Zahid: Afnan
18 jam lalu· Politik
UMNO tanding PRK Kemaman jika diadakan, kata Zahid yakin rakyat sokong
18 jam lalu· Politik
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023· Politik
Popular
Ahli UMNO di Pelangai keluar parti sertai PAS, dakwa disisih
October 1, 2023
Hang tu PM untuk rakyat Malaysia bukan PKR, Afnan gesa Anwar berhenti berdendam
October 1, 2023
UMNO tanding PRK Kemaman jika diadakan, kata Zahid yakin rakyat sokong
September 30, 2023
UMNO sekat pertandingan jawatan Presiden, pecat calon mahu cabar Zahid: Afnan
September 30, 2023
Lagi Politik terkini
Hang tu PM untuk rakyat Malaysia bukan PKR, Afnan gesa Anwar berhenti berdendam
11 jam lalu · Politik
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023 · Politik
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023 · Politik
MP DAP sudah diambil keterangan berhubung video tafsir al-Quran: Ayob Khan
September 29, 2023 · Politik
Zahid umum peruntukan semasa PRN tidak pula dianggap rasuah? soal Ahmad Fadhli
September 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
21 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok