Minoriti 38 MP desak PRU tak pernah berlaku dalam sejarah, kata pakar

October 7, 2022 · Politik

Belum berlaku dalam sejarah Malaysia apabila sekumpulan minoriti 38 daripada 222 Ahli Parlimen (MP) mendesak supaya Parlimen dibubarkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum (PRU) dilaksanakan, kata pakar Perlembagaan Negara.

Pada masa sama, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata Yang di-Pertuan Agong mempunyai budi bicara sepenuhnya untuk memutuskan sama ada Parlimen wajar dibubarkan atau tidak dan baginda tidak perlu mengikut nasihat sesiapa.

Lebih-lebih lagi sekarang ini apabila negara menghadapi keadaan yang tidak pernah dilihat sebelum ini, kata Sri Ram.

“Yang di-Pertuan Agong mempunyai budi bicara sepenuhnya mengenai pembubaran Parlimen.

“Sekiranya baginda mendapati pembubaran Parlimen bukan untuk kepentingan ekonomi atau keselamatan negara, baginda boleh berkata tidak.

“Jika Yang di-Pertuan Agong mendapati bahawa pembubaran memudaratkan rakyat yang lebih miskin, baginda juga boleh mengatakan tidak.

“Tambahan pula, dalam sejarah Malaysia, tidak pernah ada situasi di mana sekumpulan minoriti 38 Ahli Parlimen mendesak untuk dibubarkan,” kata Sri Ram menurut laporan TheStar.

Beliau diminta mengulas mengenai kuasa Raja di bawah Perlembagaan Persekutuan mengenai pembubaran Parlimen.

UMNO yang diketuai MP Bagan Datuk, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini yang hanya mempunyai 38 MP daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat mendesak PTU-15 diadakan segera tanpa mempedulikan nasib rakyat dan negara yang masih cuba bangkit setelah berdepan pandemik Covid-19.

Terdapat banyak cakap-cakap mengenai kemungkinan pembubaran Parlimen apabila Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden UMNO menghadap Al-Sultan Abdullah di Istana Negara, semalam.

Mengulas lanjut Sri Ram berkata Kabinet juga tidak pernah berpecah sebegitu rupa, seperti yang dilihat melalui surat daripada 12 Menteri Kabinet Perikatan Nasional kepada Yang di-Pertuan Agong yang tidak bersetuju PRU diadakan tahun ini.

“Dulu, gesaan pembubaran sentiasa disokong oleh majoriti ahli Parlimen.

“Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah juga bersetuju dengan kerajaan perpaduan antara parti,” kata Sri Ram.

Pakar perlembagaan Prof Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi juga berkata di bawah Perkara 40(2)(b) Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong boleh berkata tidak untuk membubarkan Parlimen.

“Undang-undang juga menyatakan bahawa tiada had masa bagi baginda perlu membuat keputusan atas nasihat Jemaah Menteri atau wakil Jemaah Menteri.

“Baginda boleh mengambil satu hari atau satu tahun,” kata Shad Saleem.

Shad Saleem menjelaskan lagi bahawa baginda berhak mendapat sebarang maklumat, seperti ramalan cuaca, untuk membuat pertimbangan baginda mengenai pembubaran Parlimen.

“Sekiranya Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pembubaran, mesti ada Parlimen baharu dalam tempoh 120 hari daripada tarikh pembubaran.

“Pilihan raya umum perlu diadakan dalam tempoh 60 hari, yang mesti termasuk tarikh penamaan calon dan tempoh kempen minimum 11 hari,” kata Shad Saleem.

Semalam, baginda melawat Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara, Jabatan Pengairan dan Saliran untuk mendapatkan maklumat mengenai Monsun Timur Laut dan persiapan banjir negara.

Untuk rekod, MetMalaysia meramalkan Malaysia bakal mengalami hujan lebat berterusan mulai pertengahan November depan, yang sekali gus akan menyebabkan banjir besar pada penghujung bulan itu.

Cuaca yang dialami dijangka memberi impak lebih signifikan kerana Monsun Timur Laut yang aktif dalam tempoh itu, di mana risiko berlaku hujan lebat berterusan dan banjir berskala besar adalah tinggi.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Mesej jelas rakyat tolak kerajaan campuran dan Kabinet kleptokrat: Azman
19 minit lalu· Politik
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
11 jam lalu· Politik
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
12 jam lalu· Politik
Hairan macam mana Anwar boleh lantik orang ada kes mahkamah: Dr Mahathir
17 jam lalu· Politik
Popular
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
December 7, 2022
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
December 7, 2022
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
December 7, 2022
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
December 7, 2022
Lagi Politik terkini
Tanda rakyat tolak penipuan kerajaan campuran PH-BN, kata Muhyiddin
8 minit lalu · Politik
MIC tolak kerusi timbalan menteri ditawar Anwar
11 jam lalu · Politik
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
15 jam lalu · Politik
Dana judi: Anwar cuba bina persepsi negatif terhadap Perikatan Nasional
17 jam lalu · Politik
Satu peringatan: Anwar ada sejarah campur tangan dalam siasatan
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
18 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
December 7, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok