MIC tolak calon UMNO di Parlimen Sungai Buloh walaupun letak Khairy

October 28, 2022 · Politik

Ketika Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin masih bingung mengenai kerusi Parlimen yang akan ditandinginya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada 19 November depan, MIC memberi amaran tidak akan menyokong calon UMNO jika diletakkan di kerusi Sungai Buloh, Selangor.

FMT yang memetik sumber MIC berkata jentera parti tidak akan menyokong calon UMNO di Sungai Buloh, yang dianggapnya sebagai kerusi tradisi mereka, susulan ura-ura mengatakan Khairy akan diletakkan di kawasan Parlimen itu.

Kerusi Sungai Buloh diwujudkan pada 2018 daripada kerusi Subang dan Kuala Selangor. Ia dimenangi R Sivarasa daripada PKR dengan majoriti 26,634 undi menewaskan calon PAS (16,997 undi dan calon MIC Prakash Rao Applanaidoo, (16,681 undi).

Terdahulu, FMT juga memetik sumber UMNO mengatakan Khairy hampir pasti akan diturunkan di kerusi Parlimen Sungai Buloh pada pilihan raya ini.

Sumber Umno Sungai Buloh memberitahu perkara itu kini hampir pasti.

Katanya Sungai Buloh mungkin kerusi yang sukar untuk Khairy, tetapi bahagian itu percaya beliau akan berjaya kerana popularitinya, terutama sejak menjadi Menteri Kesihatan pada Ogos tahun lalu dan menguruskan pandemik Covid-19.

“Popularitinya akan membolehkannya mendapat undi daripada pengundi di sini,” kata sumber itu.

Khairy yang menjadi Ahli Parlimen Rembau selama tiga penggal berkata, bulan lalu beliau diberitahu perlu memberikan laluan kepada Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan yang juga Ketua UMNO Bahagian Rembau dan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan.

Mohamad yang dikatakan mahu bertanding di Rembau kerana ia adalah kerusi selamat buatnya.

Minggu lalu, Khairy berkata: “Saya hampir pasti akan dihantar ke kawasan yang dikuasai pembangkang dan kemungkinan besar kawasan yang tidak dianggap sebagai kerusi selamat.”

SPR sebelum ini menetapkan 19 November sebagai hari pengundian bagi PRU-15 dan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah.

Tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 5 November, manakala bagi pengundian awal, tarikh ditetapkan pada 15 November.

Dengan penguatkuasaan Undi18, individu yang berusia 18 tahun akan didaftarkan secara automatik sebagai daftar pemilih.

Berdasarkan data, seramai 1.39 juta orang terdiri pengundi berusia 18 hingga 21 tahun akan mengundi pada PRU-15.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Selepas berkawan dengan UMNO, PH tidak lagi hormati kebebasan bersuara
4 jam lalu· Politik
Majoriti rakyat tolak kluster mahkamah dalam Kabinet bakal dibentuk Anwar
11 jam lalu· Politik
Calon PN Padang Serai beri keterangan polis selepas penyokong PH koyak
11 jam lalu· Politik
Sedia ke Bukit Aman jika disiasat, kata Hadi
14 jam lalu· Politik
Popular
Dakwaan Agong campur tangan bentuk kerajaan, NGO lapor polis terhadap Zahid
November 29, 2022
Calon PN Padang Serai beri keterangan polis selepas penyokong PH koyak
November 29, 2022
3 kali runding UMNO Pahang tolak perpaduan ummah, rela ikut DAP
November 29, 2022
Sedia ke Bukit Aman jika disiasat, kata Hadi
November 29, 2022
Lagi Politik terkini
MP Baling nafi sebar audio rakaman fitnah Anwar, beri penjelasan
5 jam lalu · Politik
PAS tunjuk bukti sikap DAP terhadap Islam, Melayu. UMNO buat-buat lupa
9 jam lalu · Politik
3 kali runding UMNO Pahang tolak perpaduan ummah, rela ikut DAP
9 jam lalu · Politik
Dakwaan Agong campur tangan bentuk kerajaan, NGO lapor polis terhadap Zahid
15 jam lalu · Politik
Amanah beri laluan kepada UMNO bertanding di Tioman selepas Zahid sokong PH-DAP
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
November 25, 2022
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok