MIC mungkin boikot BN, marah kepada Zahid isu calon, kerusi

November 1, 2022 · Politik

Pertikaian melibatkan kerusi Parlimen mengancam peluang Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), pada 19 November ini, dengan parti komponennya MIC mungkin memboikot pilihan raya itu.

Memetik Malaysia Insight, Presiden MIC Tan Sri SA Vigneswaran memberitahu bahawa kepimpinan MIC telah memanggil mesyuarat tergempar Jawatankuasa Pusat (CWC) pagi esok, untuk membincangkan kemungkinan tidak bertanding dalam pilihan raya akan datang.

Beberapa sumber parti turut mengesahkan bahawa mereka akan menghadiri mesyuarat itu pada jam 10 pagi di ibu pejabat MIC di Kuala Lumpur, tetapi tidak pasti apa yang berlaku.

Khabar angin mengatakan bahawa MIC enggan menerima sebarang kerusi kerana berlaku beberapa perubahan tempat calon mereka. Ini termasuk kerusi tradisi mereka di Parlimen Sungai Buloh mingkin ditandingi Khairy Jamaluddin daripada UMNO.

Untuk memperkuatkan lagi spekulasi itu, Agenda Daily mendapati Vigneswaran serta pemimpin kanan MIC juga tidak hadir pada majlis pengumuman calon BN di Pusat Dagangan Dunia (WTC), malam ini.

“MIC mengugut supaya UMNO memberi mereka lebih kerusi sebelum hari penamaan calon Sabtu ini.

“Pemimpin MIC telah memanggil satu mesyuarat tergempar CWC pagi esok,” kata sumber.

MIC menjangkakan untuk bertanding di 10 kerusi Parlimen dan tiga Dewan Undangan Negeri (DUN), walaupun nampaknya UMNO kini memutuskan untuk menawarkan hanya lima kerusi Parlimen, menurut sumber.

Perbalahan dalam BN nampaknya semakin memuncak berikutan laporan bahawa Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingkari ikrarnya untuk terus menjadikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri sekiranya BN memenangi pilihan raya ini.

Calon yang dikaitkan dengan Ismail Sabri juga dikatakan digugurkan daripada barisan parti.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Perkahwinan politik PH-BN, UMNO mendapat laba besar dan DAP perlu akur
54 minit lalu· Politik
Tanda rakyat tolak penipuan kerajaan campuran PH-BN, kata Muhyiddin
1 jam lalu· Politik
Mesej jelas rakyat tolak kerajaan campuran dan Kabinet kleptokrat: Azman
2 jam lalu· Politik
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
12 jam lalu· Politik
Popular
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
December 7, 2022
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
December 7, 2022
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
December 7, 2022
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
December 7, 2022
Lagi Politik terkini
MIC tolak kerusi timbalan menteri ditawar Anwar
12 jam lalu · Politik
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
13 jam lalu · Politik
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
16 jam lalu · Politik
Dana judi: Anwar cuba bina persepsi negatif terhadap Perikatan Nasional
18 jam lalu · Politik
Hairan macam mana Anwar boleh lantik orang ada kes mahkamah: Dr Mahathir
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
19 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
December 7, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok