Mesyuarat tergempar UMNO bincang perkara penting sedang berlangsung

August 22, 2022 · Politik

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan telah memanggil semua ketua bahagian UMNO hadir pada satu pertemuan khas pagi ini, membincangkan satu perkara yang sangat penting demi masa depan parti.

Berdasarkan surat jemputan yang tular di media sosial dan tertera nama Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan, pertemuan itu berlangsung mulai jam 11 pagi tadi di ibu pejabat UMNO di Menara Dato Onn di Kuala Lumpur.

Difahamkan, pertemuan itu berkaitan beberapa isu yang timbul kebelakangan ini, khususnya keengganan Naib Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) segera sebagaimana didesak Zahid.

Perbincangan itu juga dipercayai ada kaitan dengan perbicaraan rayuan akhir bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Mahkamah Persekutuan.

“Pertemuan segera dan mustahak. Yang Berbahagia Datuk Presiden dan Timbalan Presiden UMNO meminta agar Ketua-ketua UMNO Bahagian hadir ke satu pertemuan khas berhubung satu perkara yang sangat penting demi masa depan parti yang mesti disegerakan seperti ketetapan berikut.

“Tarikh: Isnin 22/8/22. Masa 11 pagi. Tempat Tingkat 39 Menara Dato Onn PWTC KL. Atas kehadiran dan keprihatinan semua, terlebih dahulu dirakamkan ucapan terima kasih,” menurut surat Ahmad yang tular itu.

Setakat ini, antara pemimpin yang dilihat hadir ialah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Khaled Nordin dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

Puluhan wakil media turut berkampung di pekarangan lobi Menara Dato Onn bagi mengikuti perkembangan pertemuan itu.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Berita berkaitan
Khairy tak rasa bekas Peguam Negara akan beri penjelasan kes Zahid dihentikan
6 jam lalu· Politik
KJ ungkit kenyataan Azalina ‘peguam negara orang PM’, sindir kes rasuah Zahid
19 jam lalu· Politik
Penjelasan kes Zahid lebih kepada retorik politik cikgu dan anak murid
September 20, 2023· Politik
Peliwat bergema di Dewan Rakyat, Radzi bidas ‘saya yakin kamu peliwat’ kepada PMX
September 19, 2023· Politik
Popular
KJ ungkit kenyataan Azalina ‘peguam negara orang PM’, sindir kes rasuah Zahid
September 20, 2023
Khairy tak rasa bekas Peguam Negara akan beri penjelasan kes Zahid dihentikan
September 21, 2023
Kecoh laungan ‘peliwat’ di Dewan Rakyat, Wan Saiful kata Anwar tak layak jadi PM
September 20, 2023
Takkan kalah sampai nak sekat peruntukan kepada rakyat, kata MB Terengganu
September 20, 2023
Lagi Politik terkini
Polis ambil keterangan Muhyiddin sekali lagi berhubung kempen PRK
7 jam lalu · Politik
Bekas guru calon PN di PRK DUN Pelangai
7 jam lalu · Politik
Takkan kalah sampai nak sekat peruntukan kepada rakyat, kata MB Terengganu
20 jam lalu · Politik
Kecoh laungan ‘peliwat’ di Dewan Rakyat, Wan Saiful kata Anwar tak layak jadi PM
September 20, 2023 · Politik
Peruntukan ditarik balik selepas Syed Saddiq jadi pembangkang
September 19, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Susah senang bersama, PN tidak akan khianat pengundi sertai kerajaan PH-BN
3 jam lalu
[VIDEO] Rakyat beratur beli beras Rahmah macam negara kita miskin
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok