Mesyuarat MT esok? Bubar Parlimen atau ambil tindakan terhadap PM?

October 9, 2022 · Politik

UMNO dijangka mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Khas malam esok (10 Oktober 2022), tatkala spekulasi bahawa Parlimen akan dibubarkan minggu depan semakin bertiup kencang.

“Malam esok, akan ada mesyuarat khas Majlis Tertinggi UMNO,” lapor MalayMail memetik sumber ketika dihubungi.

Pertemuan itu dijangka berlangsung selepas mesyuarat biro politik parti yang juga akan diadakan pada sebelah malam.

Difahamkan, mesyuarat itu juga untuk terus memberi tekanan kepada Naib Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya terus mengumumkan pembubaran Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan secepat mungkin.

Terdahulu, Agenda Daily memetik laporan The Straits Times (ST) Singapura bahawa cakap-cakap mengenai “post-dated cheque” daripada Yang di-Pertuan Agong, berleluasa dalam kalangan kumpulan yang setia kepada Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang percaya bahawa Agong telah memberitahu Ismail Sabri bahawa terpulang kepada Perdana Menteri bila untuk mengadakan pilihan raya.

Media Singapura itu melaporkan mereka difahamkan bahawa UMNO memberi kata dua kepada Ismail Sabri setelah menghadap Yang di-Pertuan Agong – “panggil PRU atau hadapi akibatnya”.

Menurut ST lagi, masa untuk mengadakan PRU-15 dipantau dengan teliti tatkala Perdana Menteri dikatakan mengintau kerusi disandang Zahid – yang sekarang ini berdepan prospek disabitkan kesalahan rasuah terhadap 47 pertuduhan membabitkan Yayasan Akalbudi yang dijadualkan berakhir pada 10 November.

Sebelum ini, Ismail Sabri mengalami pelbagai tekanan yang semakin meningkat daripada partinya sendiri untuk mengadakan PRU-15 secepat mungkin. Bagaimanapun, beliau masih belum membuat sebarang keputusan untuk membubarkan Parlimen.

Pemimpin UMNO terlalu yakin bahawa mereka boleh memperoleh mandat besar, memandangkan keadaan pembangkang tidak menentu serta pengundi yang semakin letih.

Pada Ogos, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, mengumumkan penjadualan semula pembentangan Bajet 2023 dari 28 Oktober kepada 7 Oktober, di tengah-tengah spekulasi mengenai pilihan raya awal pada masa itu.

Beliau menjelaskan bahawa keputusan itu dibuat oleh Ismail Sabri yang menggunakan kuasanya di bawah Peraturan 11(2) Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.

Ismail Sabri tidak memberikan sebarang sebab untuk perubahan tarikh itu, hanya memberitahu pemberita yang menyoalnya mengenai perkara itu, bahawa adalah “biasa” untuk berbuat demikian dan memetik duluan oleh perdana menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Persidangan Dewan Rakyat pada mulanya dijadualkan berlangsung antara 28 Oktober dan 15 Disember.

Kerajaan sedia ada mempunyai masa sehingga September tahun depan untuk mengadakan PRU, tetapi pemimpin UMNO secara lantang mendesak supaya pemilihan diadakan tahun ini untuk memanfaatkan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya negeri Johor dan Melaka.

Zahid, khususnya, telah mengetuai tekanan untuk membubarkan Parlimen, walaupun mendapat kritikan daripada pembangkang dan parti gabungan kerajaan – Perikatan Nasional (PN) – yang memberi amaran risiko dihadapi rakyat, terutama banjir, jika PRU diadakan tahun ini.

Pada 7 Oktober, kerajaan membentangkan Bajet 2023 yang dinanti-nantikan, yang dilihat secara meluas sebagai bajet pilihan raya.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz membentangkan rancangan perbelanjaan Persekutuan berjumlah RM372.340 bilion untuk tahun depan, mengatasi bajet tahun ini sebanyak RM40 bilion.

Kerajaan Ismail Sabri juga menggandakan perbelanjaan untuk bantuan sosial dan subsidi daripada hanya 5.2 peratus di bawah Bajet 2022 kepada 11.3 peratus di bawah perbelanjaan mengurus tahun depan, satu langkah yang sudah dijangka oleh pakar memandangkan kemungkinan PRU semakin hampir.

Agong beri ‘post-dated cek’ PRU kepada PM? Itu cakap kem Zahid: ST 

Berita berkaitan
PRK Kemaman: 48 peratus sudah keluar mengundi setakat 2 petang
1 jam lalu· Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
PAS bidas kenyataan biadab MP PKR dalam isu poligami, dakwa sentuh 3R
November 27, 2023· Politik
Orang Melayu sudah hilang kuasa, UMNO hanya menumpang dalam kerajaan
November 24, 2023· Politik
Popular
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023
PRK Kemaman: 48 peratus sudah keluar mengundi setakat 2 petang
December 2, 2023
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
December 1, 2023
PRN: MCA, MIC tarik diri, Zahid nafi hubungan bermasalah
July 6, 2023
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
December 1, 2023 · Politik
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023 · Politik
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023 · Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023 · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
7 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok