Mesyuarat dipanggil Zahid bincang selamatkan Najib esok, hantar delegasi jumpa PM

August 22, 2022 · Politik

Ketua-Ketua Bahagian UMNO yang dipanggil dalam mesyuarat pagi tadi membincangkan strategi untuk menyelamatkan Datuk Seri Najib Razak daripada sabitan kes penyelewengan yang akan bersambung perbicaraan esok.

Agenda Daily difahamkan matlamat dan tujuan utama mesyuarat dipanggil Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama Ketua-Ketua Bahagian adalah bagi mendapatkan mandat untuk meminta bantuan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kes dihadapi Najib berhubung dana SRC International Sdn Bhd.

Perbicaraan Najib dalam kes SRC International akan bersambung prosiding esok dengan Mahkamah Persekutuan sudah meminta peguam belanya untuk mengemukakan hujahan esok.

Menurut sumber, Ketua-Ketua Bahagian UMNO yang hadir hanya 73 orang dan bersetuju dengan cadangan Zahid untuk meminta bantuan Ismail Sabri bagi mencampuri urusan kes Najib esok.

“Perbincangan utama adalah bagi mencari jalan untuk menyelamatkan Najib daripada hukuman yang bakal dihadapinya dalam kes SRC International esok,” kata sumber tersebut.

Najib kini dilihat terdesak menjelang perbicaraan terakhir di Mahkamah Persekutuan esok dan jika didapati bersalah akan terus dibawa ke penjara untuk menjalani hukuman.

Dalam pada itu, delegasi UMNO juga sudah dihantar bagi bertemu dengan Ismail Sabri bagi menyampaikan keputusan yang dicapai semasa mesyuarat berlangsung pagi tadi.

Antara yang pergi berjumpa Ismail Sabri petang tadi menurut sumber memberitahu Agenda Daily adalah Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, Setiausaha Agung, Datuk Seri Ahmad Maslan dan beberapa pemimpin parti yang lain.

Untuk rekod, Ismail Sabri tidak hadir semasa mesyuarat dengan Ketua-Ketua Bahagian pagi yang dipengerusikan oleh Zahid.

Bagaimanapun, sumber tidak dapat lagi mengesahkan sama ada Ismail Sabri akan bersetuju atau menolak permintaan tersebut untuk mencampuri urusan kes mahkamah yang dihadapi oleh Ahli Parlimen Pekan itu.

“Belum ada sebarang maklumat lanjut berhubung keputusan Ismail Sabri terhadap permintaan yang dibuat daripada delegasi dihantar Zahid petang tadi,” katanya lagi.

Terdahulu, Zahid dilaporkan memanggil semua Ketua Bahagian UMNO hadir pada satu pertemuan khas pagi tadi, membincangkan satu perkara yang sangat penting demi masa depan parti.

Berdasarkan surat jemputan yang tular di media sosial dan tertera nama Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan, pertemuan itu berlangsung mulai jam 11 pagi di ibu pejabat UMNO di Menara Dato Onn di Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, semua mata akan tertumpu kepada Mahkamah Persekutuan esok (Selasa, 23 Ogos 2022) kerana ia masih belum dapat dipastikan sama ada peguam utama Najib, Hisyam Teh Poh Teik akan berpegang teguh kepada pendiriannya untuk tidak membuat sebarang penghujahan dalam rayuan terakhir berhubung sabitan hukuman kes SRC International.

Mahkamah Rayuan pada 8 Disember 2021 mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada Julai 2020 berhubung hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan terhadap Najib.

Najib telah didapati bersalah atas satu pertuduhan salah guna kuasa, tiga pertuduhan pecah amanah jenayah, dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram.

Berita berkaitan
Ahli UMNO kena berlapang dada terima kehadiran PKR, DAP
2 jam lalu· Politik
Saya bangga Tan Sri Lim akhirnya pakai songkok, kata MCA kepada DAP
5 jam lalu· Politik
PAU 2023: Tak dijemput, DAP hormati keputusan Pemuda UMNO
5 jam lalu· Politik
UMNO-BN patut bantah beri gelaran Tan Sri kepada Kit Siang: Lim Sian See
11 jam lalu· Politik
Popular
UMNO-BN patut bantah beri gelaran Tan Sri kepada Kit Siang: Lim Sian See
June 4, 2023
Kit Siang dapat anugerah Tan Sri: Laporan
June 4, 2023
UMNO bukti majoriti memimpin, bukan minoriti, PAS beritahu Anwar
June 4, 2023
Saya bangga Tan Sri Lim akhirnya pakai songkok, kata MCA kepada DAP
June 4, 2023
Lagi Politik terkini
Peja sahkan tidak tanding PRN
53 minit lalu · Politik
PN N.Sembilan selesai bahagi kerusi, tinggal umum
5 jam lalu · Politik
UMNO bukti majoriti memimpin, bukan minoriti, PAS beritahu Anwar
8 jam lalu · Politik
UMNO parti utama, perlu bantu parti lain dalam kerajaan menang PRN: Mat Maslan
10 jam lalu · Politik
PN akan jadikan P. Pinang mampu didiami orang miskin dan kaya: Sanusi
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
17 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
18 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok