Menuju Perikatan 3.0, UMNO mesti jemput wakil DAP dalam program

May 14, 2021 · Politik

Tangkap layar WhatsApp perbualan antara pemimpin UMNO menerima arahan daripada Presiden parti Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mengarahkan supaya pimpinan UMNO untuk turut menjemput wakil DAP dalam setiap program anjuran parti itu bocor di media sosial hari ini.

“Presiden minta kita semua buat program mesti jemput wakil DAP, kita kena latih untuk menerima DAP, sebab saya fikir itu yang terbaik buat masa ini,” demikian perbualan WhatsApp yang didakwa daripada kumpulan Majlis Tertinggi UMNO.

Lawatan Noraini bersama Ahli Parlimen DAP Bangi, Ong Kian Ming ke UKM menziarah Azura Omar, seorang pelajar PhD di UKM yang sedang berjuang melawan penyakit kanser.

Perbualan itu merujuk kepada langkah Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Noraini Ahmad yang menjemput Ahli Parimen Bangi daripada DAP Ong Kian Ming dalam satu program lawatannya, yang mana tindakannya itu mendapat pujian.

“Semoga beliau cekal menghadapi dugaan dan segera sembuh dan dapat memenuhi impian beliau untuk menggulung ijazah doktor falsafah.

“Turut bersama saya Dr Ong Kian Ming Ahli Parlimen Kawasan Bangi; Prof Datuk Dr Hussaini Omar Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi; Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman Naib Canselor UKM serta beberapa pengawai kanan KPT,” katanya dalam program lawatan melawat seorang mahasiswa yang kini bergelut dengan penyakit kanser.

Tindakan Noraini itu mendapat pujian, kata salah seorang ahli kumpulan “Noraini bagus mereka akan belajar nanti bagaimana nak adaptasi secara perlahan lahan.”

Sementara itu, Agenda Daily ketika mendapatkan respon daripada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berhubung perkara ini, tidak menafikan perkara itu, bagaimanapun beliau berkata ia berkemungkinan bukan naratif daripada presiden.

Terdahulu Agenda Daily melaporkan Zahid membayangkan bakal terbentuk jajaran baharu politik bersama PKR dan DAP yang akan dikenali sebagai Perikatan 3.0 dan bukannya Perikatan Nasional (PN) semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Pendedahan terbuka Zahid itu secara tidak langsung mengukuhkan lagi khabar angin sebelum ini dengan menyifatkan langkah tersebut diambil sesuai dengan dinamik politik yang sedang berlaku mengikut perubahan dan keadaan politik semasa negara.

Tegas Zahid, jajaran baharu itu tidak melibatkan PN yang ada sekarang bagaimanapun beliau tidak mendedahkan parti yang akan bersama dalam gabungan baharu itu.

Namun, sebelum ini beberapa pemimpin parti mendakwa Zahid sedang berusaha untuk membawa UMNO duduk serumah bersama PKR dan DAP.

Khabar angin juga semakin kuat kedengaran Zahid adalah perancang utama untuk menjayakan kerjasama antara UMNO dengan blok pembangkang, Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi PRU15 nanti.

Malah, klip audio tular Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Zahid juga membuktikan wujud pakatan sulit antara kedua-dua individu untuk memastikan gerakan rahsia tersebut berjaya.

Berita berkaitan
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Popular
DAP sahkan video tular lelaki kecam ‘parti serban’
August 11, 2023
Gesaan DAP supaya pilihan raya PBT diadakan di KL, pemimpin UMNO membisu
December 17, 2023
Nak bangun negara madani apa, lantik TPM ada kes mahkamah: Sanusi
January 24, 2023
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok