Menteri UMNO hipokrit, keluar dari gua lepas PRU-14, kata Nur Jazlan

June 28, 2022 · Politik

Pemimpin UMNO Johor yang lantang bersuara, Datuk Nur Jazlan Mohamed menuduh beberapa menteri daripada parti itu hipokrit kerana mengecamnya susulan kritikan beliau terhadap Perdana Menteri (PM), sebaliknya mereka secara terbuka dan bebas tidak bersetuju dengan presiden parti sendiri.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor itu menegaskan bahawa presiden parti Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah berdepan dengan penentangan terbuka daripada beberapa menteri UMNO, sebahagian daripadanya berang selepas beliau mengkritik PM Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Saya tegur PM secara terbuka, saya dituduh buat salah. Saya dihukum berdosa. Tapi masa kamu semua kritik secara terbuka kepada Presiden UMNO, orang nombor satu dalam parti anda sendiri, kamu tak salah?

“Ooo ya, sebab orang yang saya tegur itu adalah orang yang berikan kamu jawatan, kedudukan, pangkat, gaji dan elaun, jadi saya yang bersalah.

“Tapi kamu lupa, semua benda yang kamu dapat itu kerana kamu adalah ahli parti berlambang keris keramat yang ada seorang Presiden yang dipilih oleh ahli akar umbi. Adakah kamu lupa?,” tulis Nur Jazlan dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebooknya hari ini.

Menurutnya beliau berasa loya apabila membaca kenyataan balas oleh menteri-menteri UMNO selepas beliau menegur PM.

“Mereka semua pakat melatah. Mereka kata saya patutnya guna saluran betul untuk tegur PM. Ada yang cakap kenyataan saya itu tak membantu UMNO,” katanya yang sebelum ini melabelkan Ismail Sabri sebagai PM paling lemah dalam sejarah yang UMNO ada.

Semalam, bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang bakal menjadi Duta Besar Malaysia ke Indonesia, menggesa Zahid meletak jawatan presiden UMNO dan memfokuskan kes mahkamah yang dihadapinya.

Ahli Parlimen Pasir Salak itu berkata mengikut amalan negara lain, seseorang pemimpin akan meletakkan jawatan serta-merta apabila dihadapkan ke mahkamah, lebih-lebih lagi bagi mereka yang melibatkan kes rasuah.

Mengulas lanjut, Nur Jazlan juga mempersoalkan tindakan pemimpin UMNO yang mengingkari arahan presiden dan melemparkan kata-kata kasar terhadap Zahid, menunjukkan kesetiaan sebenar mereka bukan kepada UMNO.

Sambil berkata bahawa ada yang kelihatan lebih besar menyokong parti lain sejak Pilihan Raya Umum (PRU) sebelum ini, beliau bertanya kepada pengkritiknya apa yang membuatkan mereka menganggap mereka lebih hebat daripadanya sedangkan beliau kekal setia kepada parti sepanjang masa.

“Bila kamu ingkar arahan presiden dan parti, kamu tak salah? Bila kamu tuduh macam-macam kepada presiden UMNO, kamu tak malu ke perlekehkan presiden sendiri?

“Bila kamu lebih banyak bercakap bagi pihak parti yang menjadi seteru UMNO pada PRU-14 lalu, adakah kamu lebih mulia dari saya yang setia bersama UMNO?

“Bila parti dan akar umbi buat keputusan putuskan kerjasama dengan PN (Perikatan Nasional) dan MN (Muafakat Nasional), kamu tak ikut kehendak parti, kamu tak salah ke?,” soal Nur Jazlan.

Bekas Ahli Parlimen Pulai itu juga mempersoalkan menteri-menteri UMNO sama ada memberi bantuan kepada parti setelah Barisan Nasional (BN) kalah pada PRU-14.

“Selepas UMNO kalah pada PRU14 kamu terus lari masuk gua, adakah kamu membantu UMNO? Kamu hanya keluar dari gua bila dapat jawatan menteri atas kouta UMNO, apakah sumbangan kamu untuk bantu UMNO?

“Bila kamu duduk selesa di kerusi menteri, adakah kamu banyak membela UMNO atau kamu lebih menjaga periuk nasi sendiri? Jadi cubalah kamu semua tepuk dada tanya iman. Siapakah petualang atau pejuang UMNO yang sejati,” katanya.

Berita berkaitan
Isu 1MDB dahulu Najib juga nafikan, akhirnya didakwa di mahkamah
1 jam lalu· Politik
PAS gesa pesalah skandal kapal tak siap dibawa ke muka pengadilan
9 jam lalu· Isu semasa
PN sahkan masih sokong PM, tidak timbul isu tarik sokongan: Annuar
15 jam lalu· Politik
Rakyat mahu tahu Menteri mana guna kuasa tukar reka bentuk LCS
15 jam lalu· Isu semasa
Popular
Isu kapal LCS, Rafizi beri amaran Najib akan kena kali ini
August 7, 2022
Isu 1MDB dahulu Najib juga nafikan, akhirnya didakwa di mahkamah
August 8, 2022
MP Puncak Borneo beri penjelasan tukar parti baharu, demi pengundi
August 7, 2022
PN sahkan masih sokong PM, tidak timbul isu tarik sokongan: Annuar
August 7, 2022
Lagi Politik terkini
MP Puncak Borneo beri penjelasan tukar parti baharu, demi pengundi
16 jam lalu · Politik
Lima kawasan di Perak jadi sasaran untuk ditandingi Warisan pada PRU-15
16 jam lalu · Politik
PN beri komitmen sokong PM sehingga diadakan PRU-15: Ronald
16 jam lalu · Politik
PRU-15 November: Laporan
August 7, 2022 · Politik
Isu kapal LCS, Rafizi beri amaran Najib akan kena kali ini
August 7, 2022 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022
[VIDEO] Melayu jangan terpengaruh dengan Gerakan Dr M, kata Naib Presiden UMNO
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok