Menteri UMNO enggan letak jawatan, Zahid bermadah ‘katak’ pula

March 30, 2021 · Politik

Selepas gesaan supaya Menteri dan Timbalan Menteri UMNO yang berada dalam Kabinet meletak jawatan, Presiden UMNO bermadah tentang binatang ‘katak’ seolah-olah marah dengan seteru politiknya.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bermadah dengan membuat perbezaan antara katak liar dan katak belaan yang menurutnya digunakan untuk tujuan tertentu sama ada memancing atau sebagai makanan eksotik.

“Ada kaki pancing menggunakan katak sebagai umpan untuk menangkap ikan.

“Katak hidup dikatakan lebih efektif berbanding katak tiruan untuk memperdaya ikan.

“Katak turut dijadikan sebagai sumber makanan eksotik oleh golongan tertentu,” katanya.

Tidak pasti tulisan Zahid ini ditujukan kepada pihak mana, bagaimanapun diketahui sebelum ini ada beberapa Ahli Parlimen UMNO yang menyeberang untuk bersama Bersatu.

Ujar Zahid, umat Islam dilarang untuk memakan haiwan tersebut kerana hidup dua alam.

“Walaupun saya kaki pancing, tetapi saya tidak pernah gunakan katak sebagai umpan.

“Sebab ada orang kata berdosa dan saya juga tidak akan makan katak walaupun masak tiga rasa.

“Bagi orang beragama Islam, makan haiwan dua alam adalah haram ternasuk katak dan labi-labi,” ujarnya lagi.

Berakhirnya Perhimpunan Agung UMNO 2020 hujung minggu baru-baru ini, perpecahan dalaman parti secara jelas berlaku apabila wujud kumpulan dalam UMNO yang tidak sehaluan dengan Presiden sehingga ada yang mengkritiknya secara terbuka.

Zahid yang cuba menonjolkan dirinya sebagai calon perdana menteri juga gagal dalam usahanya untuk mendesak Menteri dan Timbalan Menteri UMNO meletak jawatan, sebaliknya semasa pertemuan dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin semalam difahamkan Menteri dan Timbalan UMNO menyatakan kesediaan kekal bersama dalam Kabinet Perikatan Nasional.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Popular
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Pengampunan diraja: Bukan bermakna anda tidak bersalah : Anwar
June 16, 2023
Akar umbi tolak Anwar, tapi Presiden mahu pula: Ismail Mohamed
April 25, 2021
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok