Menteri, Timbalan Menteri UMNO puji Zahid berjiwa besar calonkan Ismail Sabri

April 15, 2022 · Politik

Pujian diberikan kepada Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana mencalonkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri (PM) selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) yang diumumkan semalam.

Dalam satu kenyataan bersama Menteri dan Timbalan Menteri UMNO, mereka menyifatkan Zahid sebagai seorang yang berjiwa besar apabila membuat keputusan untuk meletak Ismail Sabri sebagai calon PM walaupun kebiasaannya Presiden yang dilantik bagi jawatan nombor satu negara itu.

Keputusan yang dicapai dalam mesyuarat yang berlangsung semalam secara jelas mencerminkan keterbukaan kepimpinan UMNO yang diterajui oleh YB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku Presiden dan YB Datuk Seri Mohamad Hasan selaku Timbalan Presiden.

“Keputusan ini juga merupakan manifestasi jiwa besar Presiden UMNO seperti yang terungkap dalam Ucapan Penggulungan beliau semasa Perhimpunan Agung UMNO 2021 yang berlangsung pada bulan lalu,” kata kenyataan itu.

Semua nama 10 Menteri dan 10 Timbalan Menteri daripada UMNO juga diletak dalam kenyataan bersama itu.

Kenyataan itu juga berkata keputusan dibuat pucuk pimpinan UMNO itu akan dapat membantu kerajaan dipimpin Ismail Sabri dapat menumpukan sepenuhnya ke arah usaha pemulihan negara pasca pandemik Covid-19.

“Sebagaimana maklum, Malaysia ketika ini telah melangkah ke Fasa Peralihan ke Endemik yang mana penumpuan ke arah pemulihan negara sedang giat diusahakan oleh kerajaan Keluarga Malaysia pimpinan YAB Perdana Menteri.

“Susulan daripada keadaan pandemik Covid-19 yang lebih baik dan terkawal ketika ini, pengumuman pembukaan lebih banyak aktiviti sosial di dalam fasa ini termasuklah aktiviti sepanjang Ramadan serta kebenaran merentas negeri untuk sambutan Aidilfitri tidak lama lagi sememangnya dinantikan oleh seluruh Keluarga Malaysia,” kata kenyataan itu lagi.

Selain itu, keputusan meletak calon tunggal yang dibuat UMNO akan dapat mengembalikan keyakinan rakyat untuk melihat sebuah kerajaan yang stabil dan kukuh selepas PRU-15 nanti.

“Justeru, pencalonan Ismail Sabri sebagai calon tunggal Perdana Menteri daripada parti UMNO bakal menjamin kesinambungan dan kelangsungan kepada setiap perancangan serta agenda pemulihan negara pasca pandemik Covid-19.

“Ia sekali gus dapat memberikan keyakinan kepada rakyat yang ingin melihat sebuah kerajaan yang stabil dan kukuh ditubuhkan selepas PRU-15 kelak,” kata kenyataan itu lagi.

Terdahulu, UMNO semalam mengumumkan Ismail Sabri sebagai calon mereka bagu menghadapi PRU-15 depan, ia secara tidak langsung melanggar tradisi UMNO yang kebiasaannya meletak Presiden sebagai calon bagi jawatan tersebut.

Pengumuman terbaharu ini memberi bayangan kemungkinan PRU-15 akan diadakan pada masa terdekat selepas gesaan supaya ia disegerakan timbul semasa PAU 2021 yang berlangsung Mac lalu.

Semasa PAU lalu, Zahid memberi kelonggaran kepada Ismail Sabri untuk menentukan masa yang sesuai dan mengikut budi bicaranya berhubung pembubaran Parlimen.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Popular
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Bayangkan penyokong tegar DAP akan undi UMNO, kata Wan Saiful
March 1, 2023
Takut jawab di Parlimen isu PMX ke Arab Saudi, buat kenyataan media
March 28, 2023
Johor berhak putuskan had umur minimum ADUN, hormat autonomi negeri
June 18, 2022
Lagi Politik terkini
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok