Menteri sangkal dakwaan Ismail Sabri kata Kabinet bincang bubar Parlimen

October 19, 2022 · Politik

Dakwaan dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengatakan isu pembubaran Parlimen dibincang dalam Kabinet disangkal seorang Menteri dalam kerajaannya dengan menyifatkan ia tidak tepat sama sekali.

Ismail Sabri sebelum ini mendedahkan ada membawa cadangan untuk membubarkan Parlimen dalam mesyuarat Jemaah Menteri, bagaimanapun perkara itu dinafikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad yang berkata perkara itu tidak benar sama sekali.

“Seingat saya, 3 kali dibincangkan. Cuma (perkara PRU-15) YAB PM9 (Ismail Sabri) tidak pernah untuk beliau meminta mandat daripada anggota Kabinet mengenai tarikh pembubaran parlimen,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebaliknya, Ahli Parlimen Mersing itu mendedahkan  mesyuarat tersebut hanya membincangkan beberapa perkara termasuk persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), Monsun Timur Laut serta Bajet 2023.

“Kita berbincang hal persediaan pilihanraya bersekali dengan persediaan bencana, Monsun Timur Laut (MTL) dan persediaan Bajet 2023.

“Malah, pembentangan Bajet 2023 diawalkan mendapat persetujuan anggota Kabinet lebih awal,” katanya.

Justeru katanya, beberapa kenyataan dalam ucapan Ismail Sabri ketika program Solidariti Kestabilan dan Kemakmuran Barisan Nasional (BN) di Bagan Datuk pada Isnin lalu tidak tepat dan mengelirukan orang ramai.

Terdahulu, Ismail Sabri mengakui terdapat pelbagai pandangan bertentangan daripada Menteri dalam Kabinetnya berkaitan cadangan membubarkan Parlimen.

Katanya, beliau memaklumkan sekiranya mereka tidak bersetuju beliau tetap boleh membubarkan Parlimen dan “memecat saja semua orang”.

“Saya boleh buat. Silap. Patut saya pecat semua sekali. Tetapi saya tidaklah seperti itu. Saya orangnya baik, lemah lembut,” kata Naib Presiden UMNO itu semasa perhimpunan di Bagan Datuk tersebut.

Pada 6 Oktober lalu, 12 menteri Perikatan Nasional (PN) mengutus surat kepada Agong berhubung pendirian gabungan itu menolak PRU-15 diadakan tahun ini.

12 Menteri itu memberikan alasan faktor musim tengkujuh dan usaha pemulihan ekonomi negara tidak mewajarkan PRU-15 diadakan pada tahun ini juga.

Namun, Ismail Sabri tidak mengendahkan  pandangan Kabinet sebaliknya bertindak juga membubarkan Parlimen selepas beberapa siri himpunan raksasa dianjurkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi tekanan kepadanya untuk mengadakan PRU-15 segera pada tahun ini juga.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Mesej jelas rakyat tolak kerajaan campuran dan Kabinet kleptokrat: Azman
25 minit lalu· Politik
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
11 jam lalu· Politik
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
12 jam lalu· Politik
Hairan macam mana Anwar boleh lantik orang ada kes mahkamah: Dr Mahathir
17 jam lalu· Politik
Popular
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
December 7, 2022
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
December 7, 2022
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
December 7, 2022
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
December 7, 2022
Lagi Politik terkini
Tanda rakyat tolak penipuan kerajaan campuran PH-BN, kata Muhyiddin
14 minit lalu · Politik
MIC tolak kerusi timbalan menteri ditawar Anwar
11 jam lalu · Politik
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
15 jam lalu · Politik
Dana judi: Anwar cuba bina persepsi negatif terhadap Perikatan Nasional
17 jam lalu · Politik
Satu peringatan: Anwar ada sejarah campur tangan dalam siasatan
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
18 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
December 7, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok