Menteri PN gesa tumpu persediaan hadapi banjir, bukan PRU-15 seperti Zahid minta

September 24, 2022 · Politik

Persediaan bagi menghadapi musim banjir yang akan dijangka melanda negara pada hujung tahun lebih penting daripada mengadakan pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).

Perikatan Nasional (PN) berkata Jemaah Menteri dalam gabungan itu menolak gesaan PRU-15 diadakan semasa musim tengkujuh seperti yang didesak oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang bersedia meredah banjir untuk berkempen seperti dalam ucapannya sebelum ini.

Menurut Timbalan Pengerusi PN, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai, pendirian itu dinyatakan Menteri PN semasa mesyuarat Kabinet pada Rabu lalu dan mengakui barisan menteri juga mempunyai perbezaan pendapat mengenai tarikh PRU-15.

“Menteri Kabinet PN menentang pelaksanaan (PRU15 ketika musim tengkujuh) dan percaya bahawa kita harus bertindak membantu rakyat untuk menghadapi risiko banjir. Ini membuktikan bahawa PN adalah sebuah gabungan yang prihatin.

“Bagi GERAKAN, kami menolak sekeras-kerasnya langkah mengadakan PRU-15 pada akhir tahun ini (ramalan negara dilanda banjir) kerana keselamatan rakyat sewaktu musim tengkujuh perlu diutamakan

“PRU-15 boleh diadakan selewat-lewatnya menjelang September tahun depan. Jadi tidak perlu tergesa-gesa untuk mengadakan PRU pada penghujung tahun ini dan berdepan risiko banjir,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, langkah mengadakan PRU-15 pada musim tengkujuh hanya mementingkan kepentingan diri tanpa mengira keselamatan rakyat, sedangkan Jabatan Meteorologi Malaysia sudah meramalkan negara bakal mengalami hujan lebat berterusan mulai November.

“Hujan lebat berterusan akan membawa banjir ke beberapa negeri di Pantai Timur. Lebih 10 juta daripada 33 juta penduduk di negara kita, khususnya di Pantai Timur akan terjejas banjir, jadi tidak wajar mengadakan PRU semasa musim tengkujuh,” katanya.

Jika PRU pada musim berkenaan, katanya, kemudahan seperti sekolah dan dewan orang ramai digunakan sebagai pusat pengundian, sekali gus menjejaskan operasi bantuan kepada penduduk terjejas banjir.

“Jika tempat itu digunakan sebagai pusat pengundian, mangsa banjir nak letak di mana?” katanya menambah, kos juga akan meningkat kerana beberapa negeri tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing jika PRU15 diadakan pada musim tengkujuh.

“Kelantan, Terengganu dan Kedah yang ditadbir PAS serta Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang di bawah Pakatan Harapan (PH) sudah memaklumkan tidak akan bubar DUN, bermaksud negeri-negeri ini akan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada tahun depan.

“Kalau negara kita mengadakan PRU dan PRN secara berasingan, perbelanjaan akan menjadi tinggi, jadi lebih baik buat PRU15 pada tahun depan,” katanya.

Selain faktor banjir, Dominic berkata, kerajaan boleh memanfaatkan tempoh yang ada sebelum penggal Parlimen kali ini berakhir untuk memberi tumpuan kepada ekonomi dan memastikan pemulihannya.

“Usaha tingkatkan pendapatan rakyat dan ringankan beban hidup mereka. Apatah lagi, jumlah golongan berpendapatan rendah juga telah meningkat, ramai daripada kelompok B40 sebelum ini sudah jatuh ke dalam B60 selepas dua tahun COVID-19 melanda negara kita,” katanya.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok