Menteri Pendidikan tampil jadi pembaca berita

May 16, 2023 · Politik

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek membuat kemunculan istimewa sebagai pembaca berita dalam Segmen Khas Kelas 2023, Buletin Bernama, di saluran Bernama TV.

Segmen khas selama kira-kira 15 minit sempena Hari Guru itu bakal disiarkan pada 8 malam dan 11 malam ini, yang akan mengetengahkan inisiatif Kementerian Pendidikan (KPM) berkaitan sektor pendidikan dan guru, menurut laporan Bernama.

“Ini bukan satu tugasan yang mudah tetapi alhamdulillah saya sangat berbangga dapat menjadi sebahagian daripada warga berita pada hari ini, pertamanya kerana dapat merealisasikan cita-cita daripada kecil untuk membaca berita.

“Kedua, bagaimana pentingnya proses membaca berita… apatah lagi untuk menyampaikan maklumat kepada penonton dan pendengar, jadi (perlu) ada disiplin yang sangat kuat yang saya pelajari hari ini untuk menjadi seorang pembaca berita,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Wisma Bernama hari ini.

Beliau berkata dalam usaha menghargai guru dan mengangkat martabat profesion itu, KPM melaksanakan pelbagai usaha termasuk pengumuman 10 prakarsa atau inisiatif bagi memperkasa kebajikan dan mengurangkan beban tugas guru.

Sementara itu, sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 pada 27 hingga 29 Mei ini, Fadhlina menzahirkan ucapan terima kasih kepada pengamal media yang membuat liputan mengenai inisiatif KPM sepanjang enam bulan beliau menjalankan tugas sebagai menteri.

Beliau berkata bagi memastikan maklumat sampai kepada rakyat dan akar umbi, media memainkan peranan yang sangat penting yang harus dilaksanakan dengan penuh integriti dan telus, selain memastikan maklumat tersebut tepat dan sahih.

“Penting untuk kita didik masyarakat tentang bagaimana mendapatkan berita yang betul dan benar, semak sebelum mereka kongsikan kepada yang lain,” katanya.

Berita berkaitan
Ajak pelajar sekolah tonton Untold Story, pembangkang tuntut menteri jawab
May 25, 2023· Isu semasa
PMX ucap Selamat Hari Guru
May 16, 2023· Isu semasa
Ketua Wanita PKR teruja dapat berhimpun di markas UMNO
May 14, 2023· Politik
Aktiviti luar bilik darjah dihentikan jika IPU lebih 100: KPM
April 28, 2023· Isu semasa
Popular
Proklamasi Orang Melayu: Tun M disiasat polis
June 2, 2023
PN boleh tawan Selangor dengan formula satu lawan satu
June 2, 2023
Aysraf tegur Puad kritik Rafizi
June 2, 2023
Zahid bawa UMNO tumpang rezeki DAP: Wan Saiful
June 2, 2023
Lagi Politik terkini
Dana judi : Parti politik disiasat jangan panik, kata Azalina
2 minit lalu · Politik
Bukan korek cerita lama, mahu harta rakyat dipulangkan: PMX
1 jam lalu · Politik
Proklamasi Orang Melayu: Tun M disiasat polis
5 jam lalu · Politik
PN boleh tawan Selangor dengan formula satu lawan satu
5 jam lalu · Politik
Aysraf tegur Puad kritik Rafizi
5 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
June 1, 2023
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
June 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok