
Senator Idris Ahmad menjawab fitnah Siti Kasim berhubung jam Rolex yang kononnya dipakainya.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Idris Ahmad menjawab fitnah yang dilempar seorang peguam kontroversi yang sering bertukar warna rambut, Siti Kasim yang menuduh memakai jam mahal berjenama Rolex.
Naib Presiden PAS itu dalam satu kenyataan di akaun Facebooknya menjawab tuduhan dibuat oleh Siti Kasim dengan menjelaskan jam dipakainya bukan berjenama Rolex sebaliknya sebuah jam Buruj yang mempunyai fungsi menyimpan waktu solat dan arah kiblat.
“Untuk pengetahuan, jam Buruj ni lama dah saya pakai, senang nak tahu waktu solat dan arah kiblat.
“Boleh solat kat mana-mana. Dalam pejabat yang baru masuk pun boleh solat sebab senang nak tentukan arah kiblat,” katanya.
Terdahulu, Siti Kasim dalam satu ciapan di akaun Twitternya mendakwa Idris memakai jam emas Rolex dan mengkritiknya kerana menggunakan tulisan Jawi pada tanda nama yang digunakannya.
Peguam kontroversi yang agak berisi badannya itu juga sebelum ini pada tahun lalu mengeluarkan kenyataan berhubung gesaan supaya mengharamkan sekolah tahfiz di negara ini.
Sebelum ini, kenyataan Siti Kasim bertajuk ‘Pis Way Of Dealing With A Problem’ tular di Facebook dan polis menerima sebanyak 113 laporan polis membabitkan kenyataan itu sebelum siasatan dimulakan pada 27 Mei lalu.
Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan kerana sengaja mengaibkan dengan niat boleh membangkitkan pecah keamanan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi 1998.
Siti Kasim juga pejuang tegar dalam isu golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).