Menteri Kewangan saya lantik dah masuk UMNO, kata Muhyiddin

October 17, 2022 · Politik

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkongsi pengalamannya ketika menguruskan krisis penularan Covid-19 dengan menyelit keputusan Menteri Kewangan yang sebelum ini dilantiknya menyertai UMNO dan antara yang disebut-sebut bakal calon di Parlimen Kuala Selangor.

Mantan Perdana Menteri itu berkata Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika dilantiknya dalam Kerajaan Perikatan Nasional (PN) diarahkan untuk mengambil langkah segera bagi membantu rakyat yang terjejas ekoran sekatan pergerakan yang dilaksanakan untuk mencegah penularan Covid-19.

“Waktu kita tutup PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) saya fikir orang yang duduk di rumah ini apa nak makan… pasal saya pun datang dari kampung… dan ini adalah masalah yang terpaksa kita tangani.

“Sebab itu saya arahkan Menteri Kewangan, tapi Menteri Kewangan yang saya lantik dah jadi ahli UMNO pula… orang kata kacang lupakan kulit.. tak apa lah apa-apa pun,” kata Pengerusi PN itu pada program Jelajah Prihatin PN di Tasek Gelugor, Pulau Pinang, malam tadi (16 Oktober 2022).

Untuk rekod, Tengku Zafrul dibawa masuk Muhyiddin ke dalam kerajaan setelah dilantik menjadi PM Kelapan pada 1 Mac 2020. Beliau kemudian mengumumkan pembentukan Kabinet pada 9 Mac.

“Saya bagi tahu Zafrul bila kita umum tutup (PKP), cepat-cepat sekarang buat kerja. Kita nak tengok berapa duit ada supaya dengan wang yang ada itu boleh dibelanjakan untuk tolong rakyat yang susah.

“Sebab itu akhirnya lapan pakej rangsangan yang saya keluarkan jumlahnya RM530 bilion. Dibelanjakan untuk bantu semua rakyat Malaysia, termasuk untuk membeli vaksin melawan Covid-19,” katanya.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata langkah yang diambilnya tidak pernah berlaku dalam sejarah negara apabila mengeluarkan peruntukan yang besar demi untuk menjaga nasib rakyat.

Sebab itu, katanya Jelajah Prihatin PN untuk menerangkan dan menunjukkan kepada rakyat bahawa gabungan ini adalah sebuah parti yang cukup prihatin dengan nasib rakyat.

Berita berkaitan
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
PAS bidas kenyataan biadab MP PKR dalam isu poligami, dakwa sentuh 3R
November 27, 2023· Politik
Atas permintaan akar umbi dan MPT, Muhyiddin akan tawar diri kekal sepenggal lagi
November 25, 2023· Politik
Popular
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023
Besar pengorbanan Muhyiddin hingga jawatan PM dilepaskan: Tajuddin
September 20, 2021
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
17 jam lalu · Politik
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
17 jam lalu · Politik
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023 · Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023 · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
7 minit lalu
[VIDEO] Ucapan Mahathir di Grand Finale PRK Kemaman
56 minit lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok