Menteri KDN kata belum tengok lagi surat RoS untuk UMNO

March 6, 2023 · Politik

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail masih belum melihat surat maklum balas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berhubung kelulusan terhadap usul tambahan Perhimpunan Agung Umno (PAU).

Beliau meminta diberi ruang untuk meneliti surat tersebut sebelum mengulas lanjut.

“Saya tidak tengok lagi surat itu. Jadi untuk berlaku adil, bagi saya buat persediaan untuk saya berkomunikasi dengan pihak yang disebut. Bagi saya peluang untuk tengok surat itu dulu,” katanya lapor Utusan.

Saifuddin yang baru tiba dari urusannya di luar negara mengakui tidak pernah berkomunikasi dengan mana-mana pihak berhubung perkara tersebut.

Kelmarin, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan sudah menerima surat daripada KDN mengenai keputusan RoS pada Jumaat lalu.

Beliau juga menyatakan kesediaan untuk menerbitkan surat tersebut susulan gesaan Naib Presidennya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang meminta beliau menunjukkan surat tersebut berikutan pertikaian status usul tambahan yang diluluskan pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 itu.

Sementara itu, Saifuddin berkata beliau tidak pernah membuat sebarang kenyataan mengenai surat tersebut dan akan memanggil ketua setiausaha KDN serta pegawainya selepas melihat surat berkenaan.

“Saya tidak akan membuat spekulasi sana sini, (tidak akan ikut) dia ni kata ada surat, dia ni kata tidak ada surat. Takkan saya nak buat kenyataan teraba-raba begitu,” katanya.

Pada perhimpunan Januari lalu, parti itu meluluskan usul tambahan yang kontroversi agar tiada pertandingan untuk jawatan presiden dan timbalan presiden dalam pemilihan parti akan datang.

Ros kemudiannya dilaporkan menyiasat kemungkinan berlakunya pelanggaran perlembagaan parti selepas usul itu diluluskan.

Sebelumnya dua ahli UMNO memfailkan aduan kepada RoS dan mendakwa tindakan membentangkan usul itu di perhimpunan melanggar Artikel 10 perlembagaan parti Melayu tersebut.

Berita berkaitan
Kes saman Zahid-Dr Mahathir ditetapkan pada November tahun ini
March 24, 2023· Politik
Kalah tiga pilihan raya, Asyraf dilantik jadi Setiausaha Agung UMNO baharu
March 22, 2023· Politik
Najib diberi pelepasan terima rawatan di HKL, kata Saifuddin
March 22, 2023· Isu semasa
Saifuddin tak ulas isu surat RoS tular kepada UMNO, pertahan keputusan pengecualian
March 8, 2023· Politik
Popular
Takut jawab di Parlimen isu PMX ke Arab Saudi, buat kenyataan media
March 28, 2023
DAP tegur pemimpin MCA bertindak seperti sekutu Perikatan Nasional
March 28, 2023
Saya mahu saman Anwar kerana dia sekarang PM, kata Dr Mahathir
March 28, 2023
Tak ada satu negara tak sambut saya, sindir Dr Mahathir kepada PMX
March 28, 2023
Lagi Politik terkini
DAP tegur pemimpin MCA bertindak seperti sekutu Perikatan Nasional
11 jam lalu · Politik
Takut jawab di Parlimen isu PMX ke Arab Saudi, buat kenyataan media
14 jam lalu · Politik
Kerajaan takut nak bincang lawatan PMX ke Arab Saudi, usul PN ditolak
18 jam lalu · Politik
Saya mahu saman Anwar kerana dia sekarang PM, kata Dr Mahathir
20 jam lalu · Politik
Tak ada satu negara tak sambut saya, sindir Dr Mahathir kepada PMX
20 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir hairan Anwar disambut pegawai rendah di Arab Saudi
9 jam lalu
[VIDEO] Kerajaan campuran takut penyatuan orang Melayu tolak pemimpin Melayu gagal
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok